Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Jumaat, Februari 26, 2010

UDANG GALAH V38 SG. KERIAN

XPDC TANGAN KAKI ADA BULU II 
CAYA JANGAN TAK CAYA..HAHA


haha...tangan ada bulu..dada ada bulu...akhirnya..
ini bukan super impose, ini butul2 punya..

Pak Kamal 9W2EZR ...puas hati aku!..
9W2 FZ(Fadzil)

Ni lah hasilnya...tak caya? mai sendiri baru bleh tauu...

kalau tak mau naik bot, mancing kat sini pun ok gak..tmpat syok, panas, hujan pun tak kena.
bleh bawak family lagi..

Inilah lokasi udang2 poka sg kerian..mai jangan tak mai..ada sepanjang tahun..tp kalau kena musim
lagi banyak woo...skrg ni bukan musim pun kami bleh dapat banyak mcm anda tgk tu..
Lepas ni xpdc cari tengas lak ngan Pak Kamal..trekking lam hutan panjat bukit, cari old abandon dam, lombong terbiar kat atas bukit..hahaha..nak ikut?..rajin2 la monitor v38..@ blog kerianv38
jumpa dan jumpa lagi..73..cherio

Rabu, Februari 24, 2010

JSE...CHECK...INFO KERIAN

Salam....Bertemu kembali dalam post blog KerianV38, Lembah Kerian Lembah Meriah..Seperti biasa, acara mingguan kominiti Kerian, 2 Meter Net telah berlansung pada malam tadi, dikendalikan oleh saudara Zam (SWAL) menggunakan callsign 9W2EZR a.k.a Pak Kamal. Terima Kasih Pak Kamal. Tahniah diucapkan kepada saudara Zam kerana telah memberanikan diri untuk menyahut cabaran rakan2 Ham Kerian..anda memang tangan, dada ada bulu hehehe..secara tidak lansung acara 2 meter net telah menjadi satu medan @ landasan untuk rakan2 semua mempraktikan kemahiran berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan untuk keudara di jaluran. Acara 2 meter net juga membolehkan rakan2 Ham berkongsi maklumat, pendapat dan juga menguji kekuatan pancaran. Pada malam tadi terdapat 2 pengumuman yang telah di war-warkan. Kesempatan ini saya kongsikan bersama2 di dalam post kali ini. Pengumuman tersebut adalah:
      
        1. Mesyuarat AJK Pusat ASTRA; bertempat di kediaman 9M2RR di Sg. Betul Tg. Piandang pada
            malam ini, 24hb Februari 2010. Masa: 9.00 malam. Semua warga Ham KerianV38
            juga dijemput hadir bagi membincangkan aktiviti2 tahun 2010.

        2. Satu Seminar Radio Amator anjuran MCMC akan diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia Pulau
            Pinang pada 3hb April 2010. Penyertaan adalah percuma. Sijil dan jamuan makan disediakan oleh
            pihak penganjur. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15hb Mac 2010. Sebarang pertanyaan boleh
            menghubungi 9W2CAD saudara Shahril di talian 0165931324. SWAL adalah digalakkan untuk\
            menyertai.

Harapan penulis acara 2meter net mingguan di Kerian dapat diteruskan dan ramai lagi rakan2 Ham sudi menawarkan diri untuk menjadi net controller pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi pada saudara Zam. Saya tinggalkan anda dengan 73, wassalam, cherio, bye-bye..

Sekitar Acara Larian Merentas Desa SMK Raja Lope, Tg. Piandang

Abg Mie & Piee


9W2EZR Pak Kamal dan XYL selaku controller pusat kawalan


Kita makan dulu...
Man Porshe yg turut menyumbangkan rig kenKayu beliau..TQ Paklong
9W2IIO bersama ckgu Omar
JSE turut serta meninjau kawasan bg memastikan kelancaran program..
EPO bersama pedang gaban...mengawal lalulintas dihadapan sekolah..
YL....hehe..IIO dok tengok yang ni la tak pindah check point sampai habis acara..
9M2SY yg berkesudian singgah melihat rakan2 bertugas..
(perhatikan IIO pandang kemana tu..:)

9W2MX membawa pelajar2 yang kelehitan..Terima Kasih Pak Cha
Keletihan selepas acara..Terima Kasih semua rakan2:JSE
Acara Merentas Desa SMK Raja Lope Nor Rashid telah berlansung dengan jayanya..
Terima Kasih Rakan2 Ham Komuniti KerianV38 atas kerjasama anda semua..


Khamis, Februari 18, 2010

JEMPUTAN SUKARELAWAN AKTIVITI AMAL KERIAN V38

Salam..menjemput semua rakan2 HAM yang berkelapangan pada hari Sabtu, 20hb Februari 2010 ni untuk membantu menjayakan acara Merentas Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid Tanjong Piandang (Saltmine JSE). SMK Raja Lope memohon bantuan rakan2 HAM untuk menghulurkan bantuan komunikasi pada hari tersebut bagi melancarkan bantuan kecemasan sekiranya berlaku kecederaan kepada para peserta yang dianggarkan melebihi 1000 orang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi JSE atau CTO di frekuensi V38..73..

Rabu, Februari 17, 2010

XPDC MEMBURU TANGAN, KAKI ADA BULU...

Penulis bersama dengan hasil tangkapan pertama beliau..
kecik je..tangan takda bulu lagi..
 
Hasrat untuk mendapat udang ketis biru akhirnya tercapai 
walaupun masih belum berbulu di ketisnya dek tak cukup umur.

Salam sejahtera semua rakan2 V38 dan juga rakan2 HAM sekelian..ketemu kembali dalam ruangan post blog KerianV38, Lembah Kerian Lembah Meriah..boleh juga dikatakan Lembah memancing hahaha..baru sebentar tadi penulis pulang dari xpdc memancing udang di sungai kerian berhampiran base station 9W2EZR. Oleh sebab keterujaan yang melampau untuk berkongsi hasil tangkapan untuk tatapan semua rakan2, penulis tidak menunggu lama untuk menguploadkan gambar2 yang dirakamkan melalui loceng terbang beliau. Walaubagaimanapun hasrat untuk menaikan tangan berbulu (ketis biru) tak kesampaian.Mungkin takda rezeki kot..hehehe..Tetapi udang2 bersaiz sederhana ini pun sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah penulis dan juga Pak Kamal..Bagi rakan2 diluar sana yang berminat untuk mencari udang2 kaki berbulu yang mendiami dasar2 sungai Kerian bolehlah menghubungi Pak Kamal (9W2EZR)..dia boleh tolong aturkan..lagi pun lokasi memancing tersebut juga menyediakan perkhidmatan sewaan bot sekiranya rakan2 berminat. Setakat ini dulu untuk catatan penulis di blog V38...semoga ketemu lagi di lain kelapangan...73..cherio..bye2..

JSE

Khamis, Februari 11, 2010

BERITA...

Seluruh rakan HAM KerianV38 merakamkan ucapan TAKZIAH kepada 9M2RR (Pak Rahim dan keluarga atas kembalinya ke Rahmahtullah Ibunda beliau pada pagi kelmarin 10Februari 2010.
Moga-moga rohnya diberkati dan dirahmatiNya.Amin. Al-Fatihah buat aruah Ibunda 9M2RR.

Selasa, Februari 09, 2010

JOM BUAT AA...PANJAT BUKIT RAMAI-RAMAI..

        Kepada rakan-rakan yang telah lulus RAE yang lepas, apa yang anda tunggu lagi..jom ramai-ramai kita mohon AA..dapatkan callsign yang anda idam-idamkan secepat yang mungkin sebelum disambar orang lain..Lepas tu kita panjat bukit bagi meriah repeater-repeater yang sedia menunggu anda dengan tangan yang terbuka..haha.. selama ini anda hanya mendengar sahaja, tetapi kali ini peluang telah tersedia untuk anda.. bersahabat di udara...meramaikan lagi komuniti HAM di negara kita. Dimaklumkan juga disini, slip keputusan yang dicetak online tidak diterima..tunggu sampai slip yang dihantar oleh SKMM sampai melalui pos baru boleh memohon..pastikan semua borang diisi dengan betul dan mendapatkan tandatangan 2 pemegang 9M2. Tak lupa juga akuan sumpah..dah selesai semua bleh la hantar sendiri atau melalui pos...borang boleh anda perolehi di link dibawah...73 buat semua..tak sabar nak salam kontak perdana di udara...kami menunggu anda...cherio..

Borang AA

KEPUTUSAN RAE 2009-2 DAH KELUAR...AKHIRNYA.

Keputusan RAE 2009/2 akhirnya setelah penantian yang dirasakan terlalu lama...kebanyakan rakan2 Kerian V38 lulus dengan jayanya...TAHNIAH diucapkan kepada semua yang mengambil peperiksaan yang lepas...bagi yang tidak berjaya..jangan putus asa..cuba dan cuba lagi..kami menyokong anda semua..gagal sekali bukan bererti gagal selamanya...73..cherio..

bagi yang hendak melihat keputusan anda boleh link ke website berikut..:

Pertandingan Memancing 1 Malaysia, Ban Pecah, Tg. Piandang


Salam semua...ketemu lagi kita dlm laman blog kerian v38...Lembah Kerian Lembah Meriah...Terdapat satu pengumuman disini yang mana satu pertandingan memancing akan diadakan di lokalan V38 pada hari mggu ini..iaitu pada hari raya cina, 14 Februari 2010 (Ahad)..Acara akan dimulakan pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Lokasi pertandingan di Ban Pecah, Kuala Sg. Burung Pantai, Tg. Piandang Perak...Berdasarkan poster pertandingan yg diterima, Hadiah yg ditawarkan adalah:

Tempat Pertama: RM 3000.00 + Iringan
Kedua: RM 1000.00 + Iringan 
Ketiga: RM 600.00 + Iringan 
Keempat: RM 400.00 + Iringan 
5-10: RM 50 + Iringan
11-30: Hadiah Saguhati
Cabutan Khas Nama Bertuah Untuk Pemancing Juga disediakan!!!!
Yuran Penyertaan: RM 30.00 Satu Joran

Sebarang Pertanyaan dan Borang Penyertaan boleh didapati:
Kedai Lan Kari Semilang, Ban Pecah, 
Tg. Piandang.

Setakat ni informasi daripada rakan jerung corner mengatakan penyertaan menggalakkan...kalau rasa2 berminat boleh la datang ke lokalan kami pada hari tersebut..ramai rakan2 Kerian V38 ada di sana..Jangan risau tentang borang penyertaan...selalunya hari acara pun boleh daftar lagi.....Setakat ini dulu buat masa ini, lain masa kita jumpa lagi...73...cherio..

JSE

Jumaat, Februari 05, 2010

EYEBALL DI RUMAH 9M2RR KOMUNITI RADIO AMATOR KERIAN

         Salam buat semua....ingin dimaklumkan disini bahawa satu perjumpaan (eyeball) akan diadakan di rumah presiden ASTRA iaitu Pak Rahim 9M2RR pada hari sabtu, 6hb Februari 2010, pada jam 8.45mlm di Sungai Betul, Tg Piandang. Bagi ahli komuniti radio amator Kerian adalah digalakan hadir pada hari tersebut dan juga rakan2 lain yang berkesudian untuk hadir juga dialu-alukan. Agenda pada malam tersebut adalah, yang terutama skali Eyeball beramai2..tujuan eyeball kali ini adalah untuk membincangkan tentang aktiviti-aktiviti K.R.A.K. yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari hingga Jun 2010. Acara sambilan adalah Kudapan dan juga Karaoke..Oleh yang demikian, adalah diharap ramai rakan2 dapat hadir dan memeriahkan acara tersebut.

Rabu, Februari 03, 2010

Acara memancing ikan di Ban Pecah

Ini la tangkapan selama 12 jam...
Goreng pon sodap..hehehe
Ada berani ka datang sini???
Ini la pak long man
Macam sama ja ikan tu....
Kerapu tuuuu.....

Lawatan Muhibah dari Rakan2 IKRAP kerumah 9M2RR

Rakan2 yg berkesudian hadir ke rumah 9M2RR. 
(gambar ini di upload dari blog IKRAP)

Pada Januari yg lepas..beberapa rakan HAM dari IKRAP berkesudian mengadakan lawatan muhibah ke rumah 9M2RR di Tanjong Piandang..Tahniah dan Tarima Kasih diucapkan kepada rakan2 semua. Kami dari komuniti Kerian V38 amat mengalu-alukan kedatangan anda. Semoga ikatan silaturahim antara kita akan lebih erat dan mesra. Kelihatan 9W2IBS dan 9W2IIO berkelapangan (mewakili rakan2 Kerian yg lain..QRL) untuk menyambut kedatangan rakan2 semua..terima kasih lagi kami ucapkan..InsyaAllah giliran kami untuk mengunjungi anda pula selepas ini akan diadakan pada masa akan datang...73..cherio

Selasa, Februari 02, 2010

Acara Mingguan 2 Meter Net Lembah Kerian Lembah Meriah


Rileks je jadi Net Controller...siap bleh baring2 lagi..
(trademark Wan dengan kolar terangkatnya...hahaha)
QTH portable station 9W2OCY Simpang 5 Parit Buntaq 

Salam buat semua rakan-rakan...tidak kira rakan Ham dan juga rakan-rakan lain yang melayari blog KerianV38..Lembah Kerian Lembah Meriah. Acara 2 meter Net Lembah Kerian adalah acara rasmi mingguan di victor38 Kerian..acara ini dijalankan oleh rakan2 Ham bercallsign dan juga rakan SWAL yang ingin meningkatkan keyakinan berQSO dijaluran. Acara ini juga membolehkan rakan2 untuk menguji pencapaian signal rakan sejauh yang mungkin...pada minggu ini saudara Wan berkesudian untuk mengendalikan acara ini...diucapkan sekalung tahniah diatas kesudian beliau..diharap selepas ini ramai lagi rakan2 Ham berkelapangan untuk menghidupkan acara 2 meter net Kerian. Kepada mana2 rakan Ham di luar yang boleh mencapai frenkuensi kerian dialu2kan untuk menceriakan acara mingguan ini..marilah kita bersahabat diudara...setakat ini dulu...73...cherio...

Isnin, Februari 01, 2010

KEPUTUSAN RAE 2009-2



 Bila la nak keluaq result....dh tak sabaq nak tau keputusan RAE yg lepas....Ramai rakan-rakan Kerian V38 yg telah menduduki peperiksaan sesi 2-2009. Pendaftaran untuk sesi 1-2010 dah dibuka... Tarikh tutup pendaftaran pun dah dekat, tapi keputusan tak jugak kluaq lagi...ish..ish..ish...penantian memang satu penyiksaan...Kluaq ja keputusan nanti ramai-ramai kita panjat bukit..hahaha..

Letih menunggu keputusan RAE 2009-2...hang agak la...dalam minggu ni ka minggu depan?

Aku rasa la...esok kluaq la kot...hehehe...