Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Selasa, Februari 09, 2010

JOM BUAT AA...PANJAT BUKIT RAMAI-RAMAI..

        Kepada rakan-rakan yang telah lulus RAE yang lepas, apa yang anda tunggu lagi..jom ramai-ramai kita mohon AA..dapatkan callsign yang anda idam-idamkan secepat yang mungkin sebelum disambar orang lain..Lepas tu kita panjat bukit bagi meriah repeater-repeater yang sedia menunggu anda dengan tangan yang terbuka..haha.. selama ini anda hanya mendengar sahaja, tetapi kali ini peluang telah tersedia untuk anda.. bersahabat di udara...meramaikan lagi komuniti HAM di negara kita. Dimaklumkan juga disini, slip keputusan yang dicetak online tidak diterima..tunggu sampai slip yang dihantar oleh SKMM sampai melalui pos baru boleh memohon..pastikan semua borang diisi dengan betul dan mendapatkan tandatangan 2 pemegang 9M2. Tak lupa juga akuan sumpah..dah selesai semua bleh la hantar sendiri atau melalui pos...borang boleh anda perolehi di link dibawah...73 buat semua..tak sabar nak salam kontak perdana di udara...kami menunggu anda...cherio..

Borang AA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan