Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Selasa, Ogos 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


DARIPADA KOMUNITI RADIO AMATUR KERIAN
V38

Rabu, Ogos 04, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS KENDURI

QST : Warga Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian 

9W2TRN Aliffin Bin Abu @ Ayah Pin menjemput semua warga komuniti serta keluarga hadir ke majlis kenduri kesyukuran yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;

  • Tarikh   : 7 Ogos 2010
  • Hari       : Sabtu
  • QTHR   : 11:00 am - 2:00 pm
  • QTH      : Kediaman Pengurus Stesen Keretapi Bagan Serai

Untuk makluman semua, Ayah Pin akan bertugas di Mekah sepanjang musim haji tahun ini.
Kehadiran semua warga komuniti termasuk anggota YIMAK dan BELIA BABYLON adalah dialu-alukan.

Selasa, Ogos 03, 2010

ULANGTAHUN ASTRA YANG KE-13



ACARA 2 METER NET ISTIMEWA SEMPENA ULANGTAHUN ASTRA KE-13

Mungkin ramai daripada kita yang tidak mengetahui bahawa Persatuan ASTRA ataupun Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia telah pun mencecah usia 13 tahun semalam, iaitu pada 2hb Ogos 2010. Sejarah penubuhan ASTRA penuh liku dan cabaran yang telah dipelopori oleh beberapa penggemar hobi radio amatur terdahulu yang mendapat inspirasi untuk menubuhkan persatuan ini. Sejarah mengenai persatuan ini boleh didapati di laman web rasmi ASTRA di http://www.astra.org.my/malay_astra.htm. Bersempena dengan ulangtahun tersebut, Komuniti Radio Amatur (KRA) KerianV38 telah mengambil inisiatif, dengan persetujuan presiden ASTRA sendiri iaitu 9M2RR, merancang untuk melakukan acara 2 Meter Net Istimewa sempena hari kewujudan ASTRA. Permulaan dengan perbincangan rakan-rakan di lokalan dan pencarian 13 orang Pengendali Net (Net Controller), persetujuan dicapai dan acara telah bermula pada jam 9.30 malam semalam. 9W2IBS, Pak Leman Lemang, selaku pegawai siaraya ASTRA pusat telah membuka mukadimah untuk acara istimewa tersebut, disusuli oleh 9M2RR, Pak Rahim, yang membuat sedikit ucapan mengenai sejarah penubuhan ASTRA dan 22 tonggak yang menjayakannya 13 tahun yang lalu. Seramai 13 orang rakan Ham KRA Kerian telah menawarkan diri dan menjadi sebahagian daripada hari bersejarah ini yang mana julung-julung kalinya acara Net dijalankan sempena ulangtahun penubuhan ASTRA. Acara ini juga mencatat sejarahnya yang tersendiri dimana tiada lagi mana-mana acara 2 Meter Net dikendalikan oleh 13 pengendali pada satu masa. Sememangnya acara ini bersesuaian untuk meraikan dan juga memberi maklumat mengenai ulangtahun persatuan yang hebat ini. Antara nama-nama yang menjayakan acara ini adalah seperti berikut:

PENGENDALI NET ISTIMEWA 13 TAHUN ASTRA
  1. 9W2SMR
  2. 9W2EZR (SMS controller)
  3. 9W2MYR
  4. 9W2EXL
  5. 9W2XPY
  6. 9W2ICI
  7. 9W2MX
  8. 9W2JZY
  9. 9M2MGL
  10. 9W2CSE
  11. 9W2OCY
  12. 9W2NES
  13. 9W2IBS
Acara ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan ham seluruh negara yang mana peserta acara tersebut mencapai 138 orang ditambah pula penyertaan dengan menggunakan SMS seramai 33 orang. Keseluruhan jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini mencecah 171 orang. Acara ini telah ditutup pada jam 2.10 pagi oleh 9W2IBS selaku net controller ke13. Semoga ASTRA kekal menjadi persatuan yang hebat dan berjaya pada masa-masa mendatang. Hidup ASTRA!...diharapkan acara ini akan menjadi acara tahunan dan dikembangkan kesepelosok negara...akhir kata, tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat secara lansung dan tidak lansung pada hari bersejarah ini...QRT,73,88,Cherio,wassalam...


.