Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Jumaat, Februari 05, 2010

EYEBALL DI RUMAH 9M2RR KOMUNITI RADIO AMATOR KERIAN

         Salam buat semua....ingin dimaklumkan disini bahawa satu perjumpaan (eyeball) akan diadakan di rumah presiden ASTRA iaitu Pak Rahim 9M2RR pada hari sabtu, 6hb Februari 2010, pada jam 8.45mlm di Sungai Betul, Tg Piandang. Bagi ahli komuniti radio amator Kerian adalah digalakan hadir pada hari tersebut dan juga rakan2 lain yang berkesudian untuk hadir juga dialu-alukan. Agenda pada malam tersebut adalah, yang terutama skali Eyeball beramai2..tujuan eyeball kali ini adalah untuk membincangkan tentang aktiviti-aktiviti K.R.A.K. yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari hingga Jun 2010. Acara sambilan adalah Kudapan dan juga Karaoke..Oleh yang demikian, adalah diharap ramai rakan2 dapat hadir dan memeriahkan acara tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan