Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Rabu, Februari 17, 2010

XPDC MEMBURU TANGAN, KAKI ADA BULU...

Penulis bersama dengan hasil tangkapan pertama beliau..
kecik je..tangan takda bulu lagi..
 
Hasrat untuk mendapat udang ketis biru akhirnya tercapai 
walaupun masih belum berbulu di ketisnya dek tak cukup umur.

Salam sejahtera semua rakan2 V38 dan juga rakan2 HAM sekelian..ketemu kembali dalam ruangan post blog KerianV38, Lembah Kerian Lembah Meriah..boleh juga dikatakan Lembah memancing hahaha..baru sebentar tadi penulis pulang dari xpdc memancing udang di sungai kerian berhampiran base station 9W2EZR. Oleh sebab keterujaan yang melampau untuk berkongsi hasil tangkapan untuk tatapan semua rakan2, penulis tidak menunggu lama untuk menguploadkan gambar2 yang dirakamkan melalui loceng terbang beliau. Walaubagaimanapun hasrat untuk menaikan tangan berbulu (ketis biru) tak kesampaian.Mungkin takda rezeki kot..hehehe..Tetapi udang2 bersaiz sederhana ini pun sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah penulis dan juga Pak Kamal..Bagi rakan2 diluar sana yang berminat untuk mencari udang2 kaki berbulu yang mendiami dasar2 sungai Kerian bolehlah menghubungi Pak Kamal (9W2EZR)..dia boleh tolong aturkan..lagi pun lokasi memancing tersebut juga menyediakan perkhidmatan sewaan bot sekiranya rakan2 berminat. Setakat ini dulu untuk catatan penulis di blog V38...semoga ketemu lagi di lain kelapangan...73..cherio..bye2..

JSE

1 ulasan:

  1. waaaa.......udang galah...........nyummyyyyy

    BalasPadam