Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Jumaat, Disember 17, 2010

AL-FATIHAH...

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Azron Fadzri (9W2SLT / PR AFS / SC3SCX) telah kembali kerahmatullah lebih kurang jam 17:30hrs 16/12/2010 di Hospital Serdang. Pengebumian jenazah akan dilakukan pada malam ini di TPI Taman Cuepecs, Batu 9 Cheras. Semoga diampunkan segala dosa2nya, diterima... amalannya dan dihimpunkan bersama2 org yg soleh. AL-FATIHAH.

Khamis, Disember 16, 2010

"EYEBALL" & "FAMILY DAY" ANJURAN KOMUNITI RADIO AMATUR KERIAN

Salam sejahtera semua...baru2 ini Komuniti KerianV38 telah mengadakan perbincangan bg merancang aktiviti penutup 2010 dan kata sepakat telah dicapai untuk menganjurkan "Super Eyeball" (mega eyeball dh slalu sgt kita dengar..hehe) dan Hari keluarga Pengendali Radio Amatur terbuka untuk semua penggemar2 hobi komunikasi ini....2 pertemuan telah diadakan dan keputusan telah dicapai untuk menjadikan acara ini realiti di tempat dan masa yang tertera dibawah:

Tarikh: 31 Disember 2010 (malam) & 1 Januari 2011(pagi)

Bertempat di: Ampang Jajar, Nibong Tebal..berdekatan dengan USM TransKerian

Pelbagai acara telah dirancang antaranya eyeball rakan2 Ham pada sebelah malam 31hb Disember dan sedikit kudapan disediakan untuk tetamu yang hadir..pada malam tersebut juga penganjur akan berkhemah dilokasi jadi sekiranya ada rakan2 yg ingin turut serta bermalam disana boleh membawa kelengkapan sendiri..boleh memancing udang galah yg terkenal saiz XXL di sungai Kerian..hehe...turut disediakan juga set karaoke bg rakan2 yg gemar menyumbangkan lagu semasa eyeball tersebut berlansung (CD kalau bleh bwk sendiri kerna koleksi lagu yg ada tak bnyak)..pendafataran bermula pada jam 4.00 ptg sehingga acara bermula pada jam 8.00 malam..
Pada sebelah pagi pula acara untuk Ham dan Keluarga bermula pada jam 7.30 pagi..senamrobik katanya..hehe..kalau berminat bleh la turut serta..ada poco2..Acara sukaneka pula dicadangkan bermula pada jam 9.00 pg...kategori acara terdiri daripada acara untuk Ham, XYL dan juga Harmoniks..hadiah adalah dari sumbangan rakan2 Ham sendiri..sekiranya ada yg berminat untuk memberi sumbangan hadiah adalah amat dialu2kan..
Tiada caj atau yuran dikenakan..tujuan penganjuran aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pengendali2 radio amatur dan keluarga masing2...bersahabat diudara dan didaratan..Apapun...harapan acara ini akan mendapat sambutan dan bersama2 kita memeriahkannya..untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi penulis di talian 0194768518 @ mana2 rakan Ham Kerian V38 di simplex mahupun di transnasional...setakat ini dahulu..sebarang maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa..73 dari saya..wassalam.

Rabu, Disember 15, 2010

Contck...hehehe

Salam pada semua rakan2...lama sungguh xsinggah kat blog nie..busy ler...kepada rakan2 yg hendak mengetahui aktiviti2 rakan2 v38 nie..boleh gak g facebook

http://www.facebook.com/pages/The-Babylon-Crew/146826762033668
http://www.facebook.com/pages/KOMUNITI-RADIO-AMATOR-KERIAN/282893398536

Rabu, November 24, 2010

KEPUTUSAN RAE SIRI 3/2010

Tahniah kepada rakan2 yg telah berjaya dalam RAE yg lepas..kepada yg kurang bernasib baik..jgn putus asa untuk terus mencuba...kami di Babylon dan KerianV38 sedia membantu dan mengiringi hingga ke pintu dewan peperiksaan...haha...usaha tangga kejayaan..Tahniah!

Semak Keputusan RAE disini

Ahad, November 21, 2010

TAHNIAH 9W2PHT!


Faiz & Ida
Semoga Berbahagia dan Tahniah dari rakan2 Ham KerianV38


Rabu, Oktober 27, 2010

Perkhwinan 9W2RRE(Razak)








Kami dari komuniti v38 mengucapkan selamat pengantin baru kepada 9w2RRE semoga bahagia hingga ke akhir hayat..amin...

Jumaat, September 10, 2010

Rabu, September 01, 2010

MEMBAKAR LEMANG AMBANG RAYA

MEMBAKAR LEMANG AMBANG RAYA

Tarikh: 9 September - 10 September 2010
Masa: 8.00 malam - 4.00 pagi
Tempat: Portable Station 9W2OCY @ Bandar Babylon Smpg5
Parit Buntaq..

Jom ramai2 memeriahkan majlis...
Berminat nk masuk share lemang..bleh hubungi CSE atau OCY..

Selasa, Ogos 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


DARIPADA KOMUNITI RADIO AMATUR KERIAN
V38

Rabu, Ogos 04, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS KENDURI

QST : Warga Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian 

9W2TRN Aliffin Bin Abu @ Ayah Pin menjemput semua warga komuniti serta keluarga hadir ke majlis kenduri kesyukuran yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;

  • Tarikh   : 7 Ogos 2010
  • Hari       : Sabtu
  • QTHR   : 11:00 am - 2:00 pm
  • QTH      : Kediaman Pengurus Stesen Keretapi Bagan Serai

Untuk makluman semua, Ayah Pin akan bertugas di Mekah sepanjang musim haji tahun ini.
Kehadiran semua warga komuniti termasuk anggota YIMAK dan BELIA BABYLON adalah dialu-alukan.

Selasa, Ogos 03, 2010

ULANGTAHUN ASTRA YANG KE-13



ACARA 2 METER NET ISTIMEWA SEMPENA ULANGTAHUN ASTRA KE-13

Mungkin ramai daripada kita yang tidak mengetahui bahawa Persatuan ASTRA ataupun Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia telah pun mencecah usia 13 tahun semalam, iaitu pada 2hb Ogos 2010. Sejarah penubuhan ASTRA penuh liku dan cabaran yang telah dipelopori oleh beberapa penggemar hobi radio amatur terdahulu yang mendapat inspirasi untuk menubuhkan persatuan ini. Sejarah mengenai persatuan ini boleh didapati di laman web rasmi ASTRA di http://www.astra.org.my/malay_astra.htm. Bersempena dengan ulangtahun tersebut, Komuniti Radio Amatur (KRA) KerianV38 telah mengambil inisiatif, dengan persetujuan presiden ASTRA sendiri iaitu 9M2RR, merancang untuk melakukan acara 2 Meter Net Istimewa sempena hari kewujudan ASTRA. Permulaan dengan perbincangan rakan-rakan di lokalan dan pencarian 13 orang Pengendali Net (Net Controller), persetujuan dicapai dan acara telah bermula pada jam 9.30 malam semalam. 9W2IBS, Pak Leman Lemang, selaku pegawai siaraya ASTRA pusat telah membuka mukadimah untuk acara istimewa tersebut, disusuli oleh 9M2RR, Pak Rahim, yang membuat sedikit ucapan mengenai sejarah penubuhan ASTRA dan 22 tonggak yang menjayakannya 13 tahun yang lalu. Seramai 13 orang rakan Ham KRA Kerian telah menawarkan diri dan menjadi sebahagian daripada hari bersejarah ini yang mana julung-julung kalinya acara Net dijalankan sempena ulangtahun penubuhan ASTRA. Acara ini juga mencatat sejarahnya yang tersendiri dimana tiada lagi mana-mana acara 2 Meter Net dikendalikan oleh 13 pengendali pada satu masa. Sememangnya acara ini bersesuaian untuk meraikan dan juga memberi maklumat mengenai ulangtahun persatuan yang hebat ini. Antara nama-nama yang menjayakan acara ini adalah seperti berikut:

PENGENDALI NET ISTIMEWA 13 TAHUN ASTRA
  1. 9W2SMR
  2. 9W2EZR (SMS controller)
  3. 9W2MYR
  4. 9W2EXL
  5. 9W2XPY
  6. 9W2ICI
  7. 9W2MX
  8. 9W2JZY
  9. 9M2MGL
  10. 9W2CSE
  11. 9W2OCY
  12. 9W2NES
  13. 9W2IBS
Acara ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan ham seluruh negara yang mana peserta acara tersebut mencapai 138 orang ditambah pula penyertaan dengan menggunakan SMS seramai 33 orang. Keseluruhan jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini mencecah 171 orang. Acara ini telah ditutup pada jam 2.10 pagi oleh 9W2IBS selaku net controller ke13. Semoga ASTRA kekal menjadi persatuan yang hebat dan berjaya pada masa-masa mendatang. Hidup ASTRA!...diharapkan acara ini akan menjadi acara tahunan dan dikembangkan kesepelosok negara...akhir kata, tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat secara lansung dan tidak lansung pada hari bersejarah ini...QRT,73,88,Cherio,wassalam...


.

Jumaat, Julai 30, 2010

Berita Komuniti di Sinar Harian



Sinar Harian; Selasa, 27 Julai 2010.

Result RAE dh Kuar...borang baru pun dah ada..


Siri Ke-3 Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2010-3) dan Siri Ke-2 Ujian Morse Code (CW 2010-2)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah pun membuka permohonan untuk siri ke-3 Peperikasaan Radio Amatur (RAE) dan Siri Ke-2 ujian Kod Morse (CW) untuk tahun 2010. Kepada yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang yang terdapat di LINK dibawah.

Untuk Maklumat lanjut sila klik:

Kenyataan: Siri Ketiga Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2010-3) dan Siri Kedua Ujian Kod Morse (CW 2010-2) bagi tahun 2010

RAE Application Form / Borang Permohonan RAE

CW Application Form / Borang Permohonan Ujian Kod Morse(CW)

73, cherio...wassalam.

KEPUTUSAN RAE 2/2010

Keputusan dah keluar...kepada rakan2 yang telah mengambil peperiksaan lepas boleh semak keputusan anda di link dibawah..Tahniah kepada semua yang berjaya..kepada yang kurang bernasib baik..jangan putus asa..cuba dan cuba lagi...kami sedia menyokong rakan2 semua...



p/s: Bleh la lepas ni makan nasik beriani...hahaa

Isnin, Julai 26, 2010

Jumaat, Julai 23, 2010

TAMBANG KONSESI KTMB

QST : Warga Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian.

Berikut adalah butiran berkaitan dengan tambang konsesi keretapi bagi perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Lumpur (perjalanan pergi dan balik).

Perjalanan : Pergi (30 Julai 2010)

  • Tambang Normal Kelas 2 : RM23.00
  • Diskaun 10% : -RM2.30
  • Jumlah : RM20.70
  • Tempat Duduk : RM8.00
  • Jumlah Tambang : RM28.70


Perjalanan Balik (31 Julai 2010)

  • Tambang Normal Kelas 3 : RM13.00
  • Diskaun 10% : -RM1.30
  • Jumlah : RM11.70
  • Tempat Duduk : RM4.00
  • Jumlah Tambang : RM15.70


  • Jumlah Tambang Pergi-Balik : RM44.40
  • Penggenapan : +RM0.60
  • JUMLAH : RM45.00


  1. Maklumat terkini mengenai tambang konsesi KTMB ini diperolehi dari 9W2TRN pada jam 1700.
  2. Perubahan kos ini disebabkan oleh kelewatan membuat tempahan, waktu perjalanan adalah waktu puncak serta kadar konsesi yang berubah dari 25% kepada 10%.
  3. Pengesahan semula dari peserta ke HAMFEST 2010 adalah harapkan.
  4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 9W2MYR. 
Harap QSL dan sebarang kesulitan amat dikesali.
Dari Chegu Besaq, 
2145 hrs.

Ahad, Julai 18, 2010

LA VOYAGE DANS LA HAMFEST 2010



THE VOYAGE TO HAMFEST 2010...Naik Keta Lipang..(kereta api) RM 19.00 - bertolak dari stesyen Bagan Serai ke KL Central pergi dan balik...berminat?..kita nak survey dulu penyertaan sebelum kata putus dikeluarkan...hahaha..apa lagi..jom ramai2 meriahkan..

BAHANG HAMFEST 2010 KL TOWER






Bahang HamFest 2010 kian terasa..bebaru ni Hamfest Rovers sempat berkunjung ke lokalan kerian...Pak Rahim,9M2RR menerima sticker rasmi HF2010 dari wakil HF rovers....kena pukat dgn geng YIMAK..hehehee..kelihatan Tuan bersama prebet IIO menyambut kedatangan HF rovers...turut serta 9W2ICI..Abg Cat...hahaha...cat kapuq ka cat minyak....hahaha..jgn marah noooo...jom ramai2 ke HF 2010..sertai kami Komuniti KerianV38, Rombongan HF Kerian-KL Tower menaiki Keta Lipang pada 30hb ni..bertolak dari stesen Bagan Serai pukul 10MLM sampai KL kul 4PG dan pulang pada pukul 9.00 sebelah malamnya,jangkaan sampai Bagan Serai kul 4PG...harga tiket pergi dan balik hanya RM19.50 (setelah diskaun) kalau ramai, satu gerabak tu kita yg punya..untuk maklumat lanjut boleh la menghubungi mana2 rakan V38 yg aktif dijaluran untuk maklumat lanjut..hehe
73..jumpa disana..disana....disanaaaaaa.........wassalam

9W2JZY











Jumaat, Julai 16, 2010

Rabu, Julai 14, 2010

Hamfest Malaysia 2010 Perkenal Radio Amatur Dua-Hala



HAMFEST Malaysia 2010, pameran Radio Amatur akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 Julai dan 1 Ogos ini.
Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan itu untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai berkenaan konsep penggunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.
Festival itu akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.
Sesi penerangan oleh syarikat pengeluar sistem Radio Dua-Hala seperti Yaesu, Kenwood dan Icom serta agensi-agensi kerajaan akan diberikan kepada pengunjung mengenai penggunaan Radio Amatur di Malaysia.
Pameran penggunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia turut diadakan di tapak festival itu.
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah Skill-Stations, Fox Hunting dan Distance Contact Contest (DX Contest).
sumber dipetik dari: mstar.com.my
p/s: 9M2RR cadangkan kita buat konvoi ramai2..ada jugak yg cdgkan kita pi naik ketapi..parking kat rumah 9W2TRN Bagan serai, brtolak awal pagi balik naik train 10 malam..hehe..apapun bleh diperbincangkan..
9W2JZY

Selasa, Julai 13, 2010

9W2KK PAKLONG KILO-KILO MASUK HOSPITAL

    

     Salam buat semua rakan2..agak lama tidak menulis lam ruangan post blog kerianv38 ni..tapi kali ini terpanggil untuk mencoretkan sedikit berita mengenai seorang HAM yg sgt dihormati di Kerian iaitu 9W2KK atau Paklong Rahim, lebih dikenali dengan nama paklong kilo2 yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Taiping pada hari isnin, 12/7/2010, semalam. Paklong dimasukkan ke hospital disebabkan bengkak dikaki beliau yang telah sekian lama dibiarkan telah pecah dan melarat. Semalam, rakan2 belia V38 melawat paklong di wad 14 hospital tersebut. Turut bersama kami ialah Tuan IC atau Chip Ismail bersama2 Tuan Kamal (EZR@Ketua geng Echoq) dan juga 9W2MX, 9W2AIO dan juga MatBravoBravo yg berkesudian membawa kami menaiki van beliau. Kami sampai disana dalam jam 10.30 malam (dalam keadaan bersesak2, 9 orang dalam van & 2 kali pancit tayar) dan dengan bantuan 9W2MZS(abg Zul) kami dapat masuk untuk melawat Paklong walaupun 2 org pada satu2 masa. Kami juga mendapat tahu bahawa Paklong telah menandatangani borang rawatan (Potong Kaki) walaupun pada mulanya beliau agak keberatan untuk berbuat demikian. Apapun Paklong, kami di Kerian mendoakan keselamatan Paklong dan semoga Paklong kembali sihat dan berkeudara di jaluran semula...Paklong  lah penyeri di 145.475, V38 Kerian. dan sempena pamasangan repeater Kerian pada 25hb Julai ini, diharap Paklong dapat bersama2 kami untuk menceriakan pengulang sulung kita..Diharap pada semua rakan2 mendoakan kesejahteraan Paklonng kesayangan kita..InsyaAllah...

73..wassalam...cherio

9W2JZY

Rabu, Jun 30, 2010

REPEATER LEMBAH KERIAN in Da' Making..


masih di rumah 9M2RR..mgkin pertengahan bulan Julai ni akan naik ke Bukit Tebuan..
Lokasi sementara 9M4RLK...





tunggu kemunculannya..
73

Sabtu, Jun 26, 2010

Naik bukit lagi...

aper la yg pak kamal(9w2ezr tunjuk tu)

Bukit yang bakal di tawan...

Dah sampai puncak bukit...

Jalan sempadan...

Cube teka sapa kami..huhuhu

Ahad, Jun 13, 2010

SEMAKAN RAE 2010-2

SEMAKAN PERMOHONAN RAE 2010-2

Kepada semua calon-calon yang bakal menduduki RAE 2010-2 boleh membuat semakan permohonan anda di laman web MCMC/SKMM.

Tarikh RAE 2010-2 : 30 jun 2010

Masa Peperiksaan : 2.00 petang


LINK SEMAKAN     SKMM Semak Permohonan

Jumaat, Jun 11, 2010

AKTIVITI TERKINI KOMUNITI KERIANV38

Salam...kepada rakan2 yang ingin tahu tentang aktiviti terkini yang dijalankan oleh Komuniti Radio Amatur Kerian V38..berikut disenaraikan aktiviti yang terdekat yang telah dirancang:

                   12 Jun 2010 (Sabtu) - Rakan2 Ham Komuniti Kerian V38 akan menemani 9M2RR ke
                   Bukit Larut untuk membaik-pulih pengulang Bukit Larut yang tidak dapat berfungsi dengan
                   baik kebelakangan ini. Ini adalah kesinambungan daripada Xpdc yang dijalan beberapa minggu
                   yang lalu..yang mana beberapa rakan ham juga bersama 9M2RR telah ke Bukit Larut dan
                   menyelia pengulang tersebut..walaubagaimanapun, disebabkan oleh kesuntukan masa,
                   pengulang tersebut tidak dapat diselia sepenuhnya dan diuji terlebih dahulu..Oleh sebab itu,
                   xpdc kedua ini adalah untuk membaik sepenuhnya pengulang tersebut..Kepada rakan2 yg
                   ingin turut serta..diharap berada di kaki Bukit Larut tepat jam 8.30 pagi bagi
                   menyertai xpdc ini.
                            
                   13 Jun 2010 (Ahad) - Satu xpdc pencarian tapak pengulang komuniti kerian akan
                   dijalankan pada pagi tersebut.Tempat berkumpul adalah di tempat parkir berhadapan kedai
                   buah di Bandar Baharu Kedah.Xpdc ini akan diketuai oleh presiden kita sendiri iaitu
                   9M2RR dan juga 9W2EZR.Kepada rakan2 yang berkesudian dan berkelapangan untuk
                   menyertai xpdc bersejarah tersebut adalah amat dialu2kan..Jadilah diantara yang terlibat
                   dalam merialisasikan impian pengulang Komuniti Kerian.

Setakat ini dulu, infor aktiviti rakan2 radio amatur Kerian..73..cherio..wassalam..
p/s: Rajin2 la memantau di simplex v38 145.475 Kerian bagi mengetahui maklumat2 dengan lebih lanjut..

Jumaat, Jun 04, 2010

VAD 41 KRA Kerian Kempen Cari Sukarelawan

*Sumber Maklumat : *
Komandan VAD 41 KRA Kerian,
Abd. Rahim Bin Abdul Rahman

*Isi Berita :*
VAD 41 KRA Kerian menjemput penduduk Kerian yang berminat menganggotai
pasukan ini sebagai sukarelawan.
VAD bermaksud 'Volunteer Aided Detachment' atau 'Pasukan Bantuan Sukarela'.
Ia adalah NGO yang membantu BSMM dalam memberi bantuan secara sukarela
semasa bencana.
Dalam VAD terdapat 7 unit bantuan mengikut  kepakaran iaitu;


  - mencari & menyelamat - bantuan mencari & menyelamat mangsa2 bencana
  - paramedik - bantuan pertolongan cemas & perubatan
  - utiliti - kemudahan bekalan elektrik, air bersih & pengangkutan
  - sanitari - kebersihan, tandas & pembuangan sisa2 kumbahan
  - komunikasi - bantuan komunikasi radio
  - katering - bantuan penyedian makanan/minuman untuk mangsa & pasukan
  bantuan
  - kaunseling - bantuan kaunseling kepada mangsa2 bencana

Buat masa ini, VAD 41 mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi radio dan
memerlukan lebih ramai sukarelawan yang mempunyai kepakaran atau pengetahuan
dalam bidang lain.

*Syarat menjadi sukarelawan;*

  - Terbuka kepada semua penduduk daerah Kerian
  - Lelaki atau perempuan
  - Sihat tubuh badan

*Sila hubungi :*

*Komandan VAD 41 KRA Kerian*
En. Abd Rahim Bin Abdul Rahman
No. telefon : 05 7256700
Emel : ar9m2rr@tm.net.my

*Setiausaha VAD 41 *
En. Ridzuan Bin ABd. Aziz
No HP : 012 4011 822

*Kuartermaster VAD 41*
En Ibrahim Bin Sabran
No. HP : 017 4210 226

atau datang terus ke
*Pusat Operasi VAD 41,*
Dataran 10, Sg Betul Atas,
Tanjung Piandang

Tahniah V38

Rabu, Jun 02, 2010

Jemputan kenduri


AssalamualaikumWarahmatullah Wabarakatuh
Haji Sulaiman Ismail
&
Hajjah Noor Azizah Abdul Aziz
Mempersilakan Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
Warga komuniti V38
…………………………………….....................................................
Suami / isteri sekeluarga ke Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Aqeqah
untuk cucunda kami
Nur Hannah Darwisya Mohd Hatta(9w2 mhj)
Pada 12 Jun 2010 bersamaan 29 Jamadilakhir 1431 Hijrah
Di kediaman kami:
No: 12, Jalan Damai 4, Taman Damai 3, 34200 Parit Buntar, Perak.
Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin akan menyerikan
lagi majlis kami dan diberkati oleh Allah SWT, insya’Allah.
Terima Kasih. Wassalam.
Aturcara Majlis
Acara Muslimah (Berzanji)
9 pagi
Tahlil & Doa Selamat
11.30 pagi
Jamuan Makan
12.00 tghari – 2 ptg
No. Tel:
05-7171082 / 012-5259759