Salam....Bertemu kembali dalam post blog KerianV38, Lembah Kerian Lembah Meriah..Seperti biasa, acara mingguan kominiti Kerian, 2 Meter Net telah berlansung pada malam tadi, dikendalikan oleh saudara Zam (SWAL) menggunakan callsign 9W2EZR a.k.a Pak Kamal. Terima Kasih Pak Kamal. Tahniah diucapkan kepada saudara Zam kerana telah memberanikan diri untuk menyahut cabaran rakan2 Ham Kerian..anda memang tangan, dada ada bulu hehehe..secara tidak lansung acara 2 meter net telah menjadi satu medan @ landasan untuk rakan2 semua mempraktikan kemahiran berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan untuk keudara di jaluran. Acara 2 meter net juga membolehkan rakan2 Ham berkongsi maklumat, pendapat dan juga menguji kekuatan pancaran. Pada malam tadi terdapat 2 pengumuman yang telah di war-warkan. Kesempatan ini saya kongsikan bersama2 di dalam post kali ini. Pengumuman tersebut adalah:
1. Mesyuarat AJK Pusat ASTRA; bertempat di kediaman 9M2RR di Sg. Betul Tg. Piandang pada
malam ini, 24hb Februari 2010. Masa: 9.00 malam. Semua warga Ham KerianV38
juga dijemput hadir bagi membincangkan aktiviti2 tahun 2010.
2. Satu Seminar Radio Amator anjuran MCMC akan diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia Pulau
Pinang pada 3hb April 2010. Penyertaan adalah percuma. Sijil dan jamuan makan disediakan oleh
pihak penganjur. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15hb Mac 2010. Sebarang pertanyaan boleh
menghubungi 9W2CAD saudara Shahril di talian 0165931324. SWAL adalah digalakkan untuk\
menyertai.
Harapan penulis acara 2meter net mingguan di Kerian dapat diteruskan dan ramai lagi rakan2 Ham sudi menawarkan diri untuk menjadi net controller pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi pada saudara Zam. Saya tinggalkan anda dengan 73, wassalam, cherio, bye-bye..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan