Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Khamis, Januari 28, 2010

MEMBURU TOMAN


mangsa pertama tangkapan TBL






LOKASI: TASIK BUKIT MERAH.


Aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang menyenangkan dan merehatkan minda. Tambahan pula apabila ia mendatangkan hasil buat si pemancing. Sentapan ikan yang mengasyikan dan juga debaran apabila joran ditarik 'manyak syok woo'. Aktiviti ini juga selalu diadakan dikalangan rakan2 HAM Kerian, memandangkan ramai diantara rakan2 HAM disini adalah kaki pancing....(tapi kebanyakan tersekat dek dirantai sang bini...hehe). Baru-baru ni rakan2 Lanun Ban Pecah telah mengadakan XPDC memancing laut di perairan Selat Melaka. Lokasinya di lubuk Kayu..(hanya tekong dan lanun2 saja yg tau lokasi sebenar tempat ni). Tiga bot telah digunakan untuk membawa rakan2 yang seramai 15 orang ke lokasi kejadian. Hasil tangkapan boleh dikatakan amat menggalakan. Antaranya kerapu, jenahak, senangin dan paling banyak sekali semilang. Man Porsche yang tak pernah memancing pun terjebak dalam aktiviti tersebut. Hasil daripada XPDC tersebut, kemungkinan satu lagi XPDC akan dianjurkan dalam masa terdekat (mungkin raya Cina ni kot). Sekiranya rakan2 berminat, boleh menghubungi penulis atau Cot untuk maklumat lanjut. Setakat ini dulu dari saya, andai ada lagi aktiviti2 terkini Komuniti, insyaAllah akan dipostkan di blog ini. Jumpa dan jumpa lagi..73 cherio..

JSE Sir Jazz

Notis: Siri Pertama RAE dan Morse Code 2010

BULETIN KERIAN V38

SKMM akan mengadakan siri pertama Ujian RAE dan Morse Code untuk tahun 2010. Ujian Morse Code akan diadakan pada pukul 10 pagi pada 17 Mac 2010 di ibu-pejabat SKMM di Cyberjaya. Permohonan akan ditutup pada pukul 5.00 ptg, 5 Februari 2010. Ujian RAE akan diadakan pada pukul 2.00 ptg, pada 14 April 2010 di lokasi Utara dan wilayah tengah semenanjung Malaysia. Permohonan ditutup pada pukul 5.00 ptg  pada 12 February 2010.

Untuk maklumat lanjut mengenai venue dan pembayaran, klik sambungan di bawah:


Sekiranya anda mempunyai maklumat tambahan mengenai ujian RAE, sila komgsikan bersama didalam blog ini, terima kasih.

Arkib Komuniti Radio Amator Kerian V38






Mercu tanda pintu masuk utara selatan ke Kerian



Gambar Otai V38 Kerian selaku penjaga pintu masuk utara 9w2kk
sekali macam Elvis da...hehe



Yg ni pulak, Manga @ pedai ayam pintu masuk ke V38 Lembah Kerian
Takdak jual dh saiz ni..
(Malam2 pklong kena rantai dgn mangga ni la...sbb tu tkbleh nak tanggo2)
Jangan Marah Noo..Gurau2 je..

Isnin, Januari 18, 2010

Perkhemahan Komuniti V38

Assalamulaikum and salam sejahtera kepada semua rakan-rakan....
pada 1hb januari dan 2hb januari 2010..komuniti v38 ada membuat satu perkhemahan antara rakan-rakan HEM di V38,acara ini berlangsung di Taman Negeri Bukit Pancur,Pulau Pinang....Antara aktiviti yang di adakan adalah membuat antena yagi...dan seterusnya membuat acara FOX HUNTING....

Nikmati la aktiviti-aktiviti yang sempat dirakam....



Pagi sebelum acara bermula...tengok tapak

Angkat ais yer bang....


9w2 PH sedang menyediakan makan malam


9w2 EZR sedang menyiapkan pondok kawalan...


9w2 SMR memasukan data pendaftaran..


Khemah yang terakhir yang di siapkan...


9w2 OCY wireman V38


Kena tukaq ker lampu tu????


Hidangan yang hampir siap...hehehehe


Acara membuat antena yagi....

Antena yang dah siap.....


Dah siap 2 entena.....


Anak saper la plak nie..???


Pak long tengah try antena...


Kita minum dulu...(teh cina)


Dah siap semua..minum pulak.....


Fox hunting di pagi hari..(cikgu jasni)


Cari sampai dapat yer....


Habis daa.....