Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Rabu, Jun 30, 2010

REPEATER LEMBAH KERIAN in Da' Making..


masih di rumah 9M2RR..mgkin pertengahan bulan Julai ni akan naik ke Bukit Tebuan..
Lokasi sementara 9M4RLK...





tunggu kemunculannya..
73

Sabtu, Jun 26, 2010

Naik bukit lagi...

aper la yg pak kamal(9w2ezr tunjuk tu)

Bukit yang bakal di tawan...

Dah sampai puncak bukit...

Jalan sempadan...

Cube teka sapa kami..huhuhu

Ahad, Jun 13, 2010

SEMAKAN RAE 2010-2

SEMAKAN PERMOHONAN RAE 2010-2

Kepada semua calon-calon yang bakal menduduki RAE 2010-2 boleh membuat semakan permohonan anda di laman web MCMC/SKMM.

Tarikh RAE 2010-2 : 30 jun 2010

Masa Peperiksaan : 2.00 petang


LINK SEMAKAN     SKMM Semak Permohonan

Jumaat, Jun 11, 2010

AKTIVITI TERKINI KOMUNITI KERIANV38

Salam...kepada rakan2 yang ingin tahu tentang aktiviti terkini yang dijalankan oleh Komuniti Radio Amatur Kerian V38..berikut disenaraikan aktiviti yang terdekat yang telah dirancang:

                   12 Jun 2010 (Sabtu) - Rakan2 Ham Komuniti Kerian V38 akan menemani 9M2RR ke
                   Bukit Larut untuk membaik-pulih pengulang Bukit Larut yang tidak dapat berfungsi dengan
                   baik kebelakangan ini. Ini adalah kesinambungan daripada Xpdc yang dijalan beberapa minggu
                   yang lalu..yang mana beberapa rakan ham juga bersama 9M2RR telah ke Bukit Larut dan
                   menyelia pengulang tersebut..walaubagaimanapun, disebabkan oleh kesuntukan masa,
                   pengulang tersebut tidak dapat diselia sepenuhnya dan diuji terlebih dahulu..Oleh sebab itu,
                   xpdc kedua ini adalah untuk membaik sepenuhnya pengulang tersebut..Kepada rakan2 yg
                   ingin turut serta..diharap berada di kaki Bukit Larut tepat jam 8.30 pagi bagi
                   menyertai xpdc ini.
                            
                   13 Jun 2010 (Ahad) - Satu xpdc pencarian tapak pengulang komuniti kerian akan
                   dijalankan pada pagi tersebut.Tempat berkumpul adalah di tempat parkir berhadapan kedai
                   buah di Bandar Baharu Kedah.Xpdc ini akan diketuai oleh presiden kita sendiri iaitu
                   9M2RR dan juga 9W2EZR.Kepada rakan2 yang berkesudian dan berkelapangan untuk
                   menyertai xpdc bersejarah tersebut adalah amat dialu2kan..Jadilah diantara yang terlibat
                   dalam merialisasikan impian pengulang Komuniti Kerian.

Setakat ini dulu, infor aktiviti rakan2 radio amatur Kerian..73..cherio..wassalam..
p/s: Rajin2 la memantau di simplex v38 145.475 Kerian bagi mengetahui maklumat2 dengan lebih lanjut..

Jumaat, Jun 04, 2010

VAD 41 KRA Kerian Kempen Cari Sukarelawan

*Sumber Maklumat : *
Komandan VAD 41 KRA Kerian,
Abd. Rahim Bin Abdul Rahman

*Isi Berita :*
VAD 41 KRA Kerian menjemput penduduk Kerian yang berminat menganggotai
pasukan ini sebagai sukarelawan.
VAD bermaksud 'Volunteer Aided Detachment' atau 'Pasukan Bantuan Sukarela'.
Ia adalah NGO yang membantu BSMM dalam memberi bantuan secara sukarela
semasa bencana.
Dalam VAD terdapat 7 unit bantuan mengikut  kepakaran iaitu;


  - mencari & menyelamat - bantuan mencari & menyelamat mangsa2 bencana
  - paramedik - bantuan pertolongan cemas & perubatan
  - utiliti - kemudahan bekalan elektrik, air bersih & pengangkutan
  - sanitari - kebersihan, tandas & pembuangan sisa2 kumbahan
  - komunikasi - bantuan komunikasi radio
  - katering - bantuan penyedian makanan/minuman untuk mangsa & pasukan
  bantuan
  - kaunseling - bantuan kaunseling kepada mangsa2 bencana

Buat masa ini, VAD 41 mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi radio dan
memerlukan lebih ramai sukarelawan yang mempunyai kepakaran atau pengetahuan
dalam bidang lain.

*Syarat menjadi sukarelawan;*

  - Terbuka kepada semua penduduk daerah Kerian
  - Lelaki atau perempuan
  - Sihat tubuh badan

*Sila hubungi :*

*Komandan VAD 41 KRA Kerian*
En. Abd Rahim Bin Abdul Rahman
No. telefon : 05 7256700
Emel : ar9m2rr@tm.net.my

*Setiausaha VAD 41 *
En. Ridzuan Bin ABd. Aziz
No HP : 012 4011 822

*Kuartermaster VAD 41*
En Ibrahim Bin Sabran
No. HP : 017 4210 226

atau datang terus ke
*Pusat Operasi VAD 41,*
Dataran 10, Sg Betul Atas,
Tanjung Piandang

Tahniah V38

Rabu, Jun 02, 2010

Jemputan kenduri


AssalamualaikumWarahmatullah Wabarakatuh
Haji Sulaiman Ismail
&
Hajjah Noor Azizah Abdul Aziz
Mempersilakan Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
Warga komuniti V38
…………………………………….....................................................
Suami / isteri sekeluarga ke Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Aqeqah
untuk cucunda kami
Nur Hannah Darwisya Mohd Hatta(9w2 mhj)
Pada 12 Jun 2010 bersamaan 29 Jamadilakhir 1431 Hijrah
Di kediaman kami:
No: 12, Jalan Damai 4, Taman Damai 3, 34200 Parit Buntar, Perak.
Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin akan menyerikan
lagi majlis kami dan diberkati oleh Allah SWT, insya’Allah.
Terima Kasih. Wassalam.
Aturcara Majlis
Acara Muslimah (Berzanji)
9 pagi
Tahlil & Doa Selamat
11.30 pagi
Jamuan Makan
12.00 tghari – 2 ptg
No. Tel:
05-7171082 / 012-5259759