Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Selasa, Mei 25, 2010

Sabtu, Mei 22, 2010

PEMASANGAN SEMULA PENGULANG BUKIT LARUT

Salam semua rakan2..Berita baik..esok satu xpdc yang diketuai oleh 9M2RR@Pak Rahim akan menjengah ke Bukit Larut untuk memasang semula Pengulang yang telah dibawa turun beberapa minggu lalu untuk dibaik pulih..Dengan pemasangan semula tersebut, hubungan komunikasi antara kawasan utara, tengah dan selatan dapat beroperasi semula..dah lama dah terputus hubungan dengan rakan2 dari kawasan tengah dan selatan tanah air.. Frekuensi baru reapeater Bukit Larut adalah 147.9250, manakala tone masih kekal 103.5 -600. Semuanya bergantung kepada keadaan cuaca pada esok hari..maklum sajalah keadaan cuaca di Utara pada masa sekarang yang hujan..Apapun kita mendoakan agar pemasangan semula pengulang tersebut berjalan dengan lancar..kepada rakan2 yang ingin turut serta melihat pemasangan tersebut, sekiranya ada kelapangan dan kesudian untuk turut serta, adalah dialu2kan..esok, Ahad,23 Mei 2010, pada jam 8.30 pagi, kami akan berkumpul di kaki Bukit Larut untuk memulakan pendakian...naik Land Rover la...hehe..nak panjat tu pun agak tinggi jugak..73 dulu...tunggu pemancaran kami dari puncak Bukit Larut esok...Cherioo..wassalam..

9W2Juu...Luu..Kee..

Rabu, Mei 12, 2010

GAMBAR TAKLIMAT M.K.N ARAHAN 20 DAN S.O.P BENCANA


KEPUTUSAN RAE 2010/1

Keputusan dah kluaq..Tahniah..RAE kali ni ramai yang lulus. Kepada Pak Rahim, sudah tentunya keringat yang beliau yang dicurahkan berbaloi-baloi...haha..lepas ni kena la buat kenduri...Cepat2 la dapatkan AA, bleh la pas ni naik repeater Lembah Kerian..hehe..Apapun, syabas diucapkan kepada semua yang berjaya..Sesi ke-2 RAE tahun ni..Man Porshce plak jadi ketua derjah...sapa nk mendaftar bleh la menghubungi beliau selepas ni..
73...cherio..bye2

p/s..nk semak keputusan sila klik disini

      KEPUTUSAN RAE 2010/1

Selasa, Mei 11, 2010

DRAFT TENTATIF PROGRAM KONVOI MUHIBAH KE PERLIS

KONVOI MUHIBAH KOMUNITI RADIO AMATUR
DAERAH KERIAN KE PERLIS INDERA KAYANGAN

DESTINASI   :           PERLIS INDERA KAYANGAN

LOKASI PENGINAPAN : INSTITUT KEMAHIRAN MARA, BESERI, PERLIS

TARIKH         :           15 & 16HB MEI 2010

HARI              :           SABTU DAN AHAD

TENTATIF

SABTU, 15hb MEI 2010                                                                                                       


0800                            Berkumpul di Petronas Kampung Kedah.
                                    Taklimat Konvoi

0830                            Bertolak ke Perlis

1130/ 1200                  Jangkaan tiba dilokasi penginapan di IKM Beseri, Perlis.

1200                            Check-in bilik.
                                    Masa Sendiri
                                    - Rehat/ Solat / Makan Tengahari

1400                            Lawatan sekitar Pusat Pelancongan Batu Pahat, Perlis
·         Ladang anggur
·         Kilang Herba
·         Taman Ular
·         Air Terjun
·         Tasik Melati
·         Kuala Perlis/ Bandar kangar

1900                            Berkumpul di tempat penginapan
                                    Masa Sendiri
-          Rehat/ Solat/ Makan Malam

2200                            Program Riadah (eyeball bersama rakan HAM Perlis)



AHAD, 16hb MEI 2010


0800                            Masa sendiri
-  Rehat/ Solat/ Makan Malam

0900                            Berkumpul di IKM Perlis
                                    -  Taklimat

0930                            Riadah
           
1130                            Melawat Gua Kelam
                                    - Rehat/ Mandi/ Solat/ Makan

1400                            Bertolak ke Padang Besar
                                    - Acara sendiri/ membeli belah

1630                            Berkumpul untuk bertolak balik

1700                            Bertolak balik ke Kerian                     

Sebarang cadangan penambahbaikan tentatif ini adalah dialu-alukan..

Jumaat, Mei 07, 2010

PEMBETULAN...TAKLIMAT S.O.P SEMASA BENCANA

 Salam...program yang telah direncanakan di Komuniti KerianV38 iaitu Taklimat Bantuan Komunikasi dan S.O.P Semasa Bencana akan diadakan seperti ketetapan dibawah..
                                                   
                                                   Tarikh: 9 Mei 2010
                                                   Masa:  09.00a.m -12.00p.m
                                                   Tempat: Pusat Kegiatan Guru (PKG), Bagan Serai

Harap rakan2 dapat hadir beramai menjayakan aktiviti tersebut...
Jangan lupa bawa gambar ukuran pasport untuk pendaftaran VAD41

Rabu, Mei 05, 2010

Berita Kebajikan

Seluruh rakan HAM KerianV38 merakamkan ucapan TAKZIAH kepada 9w2 IC (Pak Ismail dan keluarga atas kembalinya ke Rahmahtullah Ibunda beliau pada sebentar tadi jam 4.15ptg(5 mei 2010)
Moga-moga rohnya diberkati dan dirahmatiNya.Amin. Al-Fatihah buat aruah Ibunda 9w2 IC.

Selasa, Mei 04, 2010

DASYAT...ISH...ISH...ISH

Pada bulan yang lepas, kawasan Parit Buntar telah dilanda oleh satu ribut yang kencang..banyak pokok2 yang telah tumbang termasuk ranting2, pelepah2 kelapa bertaburan di jalanraya. Rakan radio amatur juga tidak terlepas daripada ditimpa bencana tersebut..salah seorang daripadanya ialah 9W2OCY a.k.a Rozy. Antena beliau telah patah dibadai oleh ribut tersebut...Apa yang lebih dasyat ialah bukan ribut tersebut tetapi gambar yang sempat dirakamkan oleh penulis semasa melawat ke portable station beliau beberapa hari yang lepas...Saudara Rozy telah sanggup membelakangkan rakan2 RA yang lain dari membantu beliau, katanya tidak mahu menyusahkan sesiapa..Lensa penulis telah berjaya merakamkan tindakan beliau yang mengupah dua orang warga asing untuk menurunkan antena beliau yang telah patah semata2 kerana tidak mahu menyusahkan rakan2 yang lain adalah amat mengharukan..hehe...sanggup beliau upah warga asing....ish..ish..ish...
Anda semua tengok sajalah gambar yang telah saya rakamkan ini...


Hahaha...gurau ja...jangan marah noo....


Isnin, Mei 03, 2010

PERSONALITI V38 BULAN MAY

RAKAN2 KOMUNITI KERIANV38 CALLSIGN BERMULA DENGAN "INDIA"


PROGRAM TAKLIMAT BANTUAN KOMUNIKASI RADIO DAN S.O.P SEMASA BENCANA

 Salam....satu lagi program telah direncanakan di Komuniti KerianV38 iaitu Taklimat Bantuan Komunikasi dan S.O.P Semasa Bencana...Taklimat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan dibawah..
                                                   
                                                   Tarikh: 9 Mei 2010
                                                   Masa:  10.00a.m -12.00p.m
                                                   Tempat: Pusat Kegiatan Guru (PKG), Bagan Serai

Harap rakan2 dapat hadir beramai menjayakan aktiviti tersebut...

Sepekara lagi...Komuniti Kerian juga akan menjalinkan kerjasama dengan PBSM Cawangan Kerian atau dikenali dengan panggilan VAD41 pada hari tersebut juga..oleh itu rakan2 yang hadir diharap dapat membawa sekeping gambar berukuran pasport bagi tujuan mengisi borang keahlian PBSM..diharap dengan terjalinnya kerjasama ahli komuniti dan PBSM, dapat merealisasikan agenda ASTRA pusat yang terlebih dahulu menjalinkan kerjasama. Disamping itu rakan2 RA juga dapat mengoptimumkan kemahiran yang ada untuk kebaikan dan membantu andai menghadapi situasi bencana tanpa ragu2..

Setakat ini dahulu dari saya 9W2JZY...sehingga ketemu lagi..73..Majulah RA demi Komuniti Kerian..cherio..wassalam.