Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Isnin, Mac 08, 2010

JUNGLE TRACKING..DAN MEMBURU TENGAS

Salam untuk semua, salam sejahtera dan salam satu malaysia..mengulas tajuk post pada kali ini, kami telah pun meneroka denai2 di Bukit Tebuan, Bandar Baharu pada 6hb Mac yg lepas. Lokasi tersebut menjanjikan trek yang menarik dan agak mencabar bagi pendaki2 amator seperti kami..(itu pasal la sampai kat kolam no.1 je..padahal ada lagi 2 kolam kat atas..hehe) 9W2EZR seperti tak cukup nafas untuk meneruskan perjalanan ke kolam ke 3 yg lokasinya lebih jauh dari lokasi pertama yang kami daki untuk memburu tengas. Aktiviti yang menyihatkan tubuh badan serta merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam semulajadi yg hijau dan mendamaikan. Hasil tangkapan tidak memuaskan kerana persediaan yang tidak mencukupi dari segi umpan yang dibawa tidak sesuai..Apapun ativiti ini memang menyeronokkan tambahan pula dilakukan bersama rakan2 yang meminati aktiviti yang sama.

8.30pagi..tiba di kaki bukit tebuan..sibuk dengan persiapan senjata pemburuan..

bergambar sblm memulakan pendakian.

Man Porshe dan 9W2JZY

Man porshe dah macam orang asli dah..hehe
Orang pertama yang cast pancing..yang lain masih lagi dok ambil nafas keletihan.

Pak Kamal (9W2EZR) kelihatan letih...

Dah puas kat kolam, cari kat jeram pulak..

control pernafasan..baju hitam..antara teknik menyembunyikan perut yg maju kedepan..haha

Pak Kamal bertapa bagi meningkatkan kuasa pemancaran..

Cuba perhatikan ikan ni elok2..tengas ke kelah?..ekor merah, misai turun kebawah..
mana2 rakan yang arif tolong clarify spesis ikan ni..

Man Porshe bergambar kenangan sebelum bergerak pulang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan