Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Rabu, Mac 31, 2010

ASTRA MASUK SINAR

SENTRAL
sinarharian • ISNIN 22 MAC 2010

BSSM JALIN KERJASAMA DENGAN ASTRA


ISMANIZA AHMAD
KEMUNTING- Perjanjian persefaham-an (MoU) telah dimeterai antara Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia (Astra) dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM) dalam menjalinkan kerjasama komuni-kasi antara dua badan itu.
Pengerusi              Jawatankuasa
Pembangunan Organisasi BBSM, Dr Wan Azhar Wan Ali berkata, ini adalah kali pertama BSMM bekerjasama de­ngan radio telekomunikasi dalam me-laksanakan tugas membantu dan me-nyelamat ketika berlaku bencana.
Menurutnya, apabila banjir me-landa di satu-satu tempat, radio di-gunakan oleh ahli untuk berhubung dan dengan itu mereka akan meng-anggap kerjasama itu dapat memberi-kan manfaat bersama.
"Ia juga dapat memberikan nilai ke-pada masyarakat. Nilai yang diperoleh ini tidak dapat dilihat setelah melalui nilai yang sangat besar. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat digunakan di pe-ringkat antarabangsa apabila berlaku bencana," katanya.
Beliau berkata, dengan persefaham-an itu dapat melengkapkan persediaan kepada ahli sebelum, semasa dan se-lepas bencana.
Kata Dr Wan Azhar, BSMM dan Astra mempunyai banyak persamaan bagi membolehkan mereka mudah untuk menjalankan kerjasama.
"Kerjasama ini akan memberikan ilmu yang baru kepada ahli, di mana lebih ramai akan menjadi ahli BSMM dan komunikasi radio ini pula perlu di-dedahkan di peringkat sekolah lagi," katanya.
Sementara itu, Presiden Astra,Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, per­janjian persefahaman yang dimeterai itu mencipta sejarah bagi. persatuan.
Kata beliau, ini dapat meng-emaskinikan untuk menambahkan ahH pada bahagian komunikasi dengan memberi bantuan kepada mangsa ben­cana serta lebih mudah memberikan perkhidmatan.
"Astra ditubuhkan pada 1997, se­belum ini beroperasi di empat negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Kita akan meluaskan lagi ke Sabah dan Sarawak," katanya.
 


• Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Organisasi BBSM, Dr Wan Azhar Wan Ali (kanan) memberikan cenderahati kepada Presiden Astra, Abdul Rahim Abdul Rahman (kiri).


JZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan