Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Jumaat, Mac 12, 2010

INFO UNTUK RAKAN2 YANG INGIN DATANG KE AGM

Tuan/Puan,

KEMUDAHAN PENGINAPAN BAGI AHLI ASTRA

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah menyediakan beberapa lokasi untuk penginapan ahli yang bakal hadir ke majlis ini. Berikut adalah lokasi penginapan yang disediakan;

LOKASI KEPERLUAN CAJ MASA


Asrama SMT Taiping, Kamunting, Perak.
Semua keperluan disediakan oleh pihak Pengurusan AsramaSMT Taiping. RM5.00 seorang
Check in : 19.3.10, jam 3:00 petang. Check out : 20.3.10, jam 3:00 petang.

Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.
Keperluan spt khemah dll dibawa sendiri oleh ahli
Percuma Check in : 19.3.10, jam 5:00 petang. Check out : 20.3.10, jam 12:00 tengahari.

3. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian 016-538 5385.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,
t.t
(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan