Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Jumaat, Jun 04, 2010

VAD 41 KRA Kerian Kempen Cari Sukarelawan

*Sumber Maklumat : *
Komandan VAD 41 KRA Kerian,
Abd. Rahim Bin Abdul Rahman

*Isi Berita :*
VAD 41 KRA Kerian menjemput penduduk Kerian yang berminat menganggotai
pasukan ini sebagai sukarelawan.
VAD bermaksud 'Volunteer Aided Detachment' atau 'Pasukan Bantuan Sukarela'.
Ia adalah NGO yang membantu BSMM dalam memberi bantuan secara sukarela
semasa bencana.
Dalam VAD terdapat 7 unit bantuan mengikut  kepakaran iaitu;


  - mencari & menyelamat - bantuan mencari & menyelamat mangsa2 bencana
  - paramedik - bantuan pertolongan cemas & perubatan
  - utiliti - kemudahan bekalan elektrik, air bersih & pengangkutan
  - sanitari - kebersihan, tandas & pembuangan sisa2 kumbahan
  - komunikasi - bantuan komunikasi radio
  - katering - bantuan penyedian makanan/minuman untuk mangsa & pasukan
  bantuan
  - kaunseling - bantuan kaunseling kepada mangsa2 bencana

Buat masa ini, VAD 41 mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi radio dan
memerlukan lebih ramai sukarelawan yang mempunyai kepakaran atau pengetahuan
dalam bidang lain.

*Syarat menjadi sukarelawan;*

  - Terbuka kepada semua penduduk daerah Kerian
  - Lelaki atau perempuan
  - Sihat tubuh badan

*Sila hubungi :*

*Komandan VAD 41 KRA Kerian*
En. Abd Rahim Bin Abdul Rahman
No. telefon : 05 7256700
Emel : ar9m2rr@tm.net.my

*Setiausaha VAD 41 *
En. Ridzuan Bin ABd. Aziz
No HP : 012 4011 822

*Kuartermaster VAD 41*
En Ibrahim Bin Sabran
No. HP : 017 4210 226

atau datang terus ke
*Pusat Operasi VAD 41,*
Dataran 10, Sg Betul Atas,
Tanjung Piandang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan