Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Selasa, Julai 13, 2010

9W2KK PAKLONG KILO-KILO MASUK HOSPITAL

    

     Salam buat semua rakan2..agak lama tidak menulis lam ruangan post blog kerianv38 ni..tapi kali ini terpanggil untuk mencoretkan sedikit berita mengenai seorang HAM yg sgt dihormati di Kerian iaitu 9W2KK atau Paklong Rahim, lebih dikenali dengan nama paklong kilo2 yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Taiping pada hari isnin, 12/7/2010, semalam. Paklong dimasukkan ke hospital disebabkan bengkak dikaki beliau yang telah sekian lama dibiarkan telah pecah dan melarat. Semalam, rakan2 belia V38 melawat paklong di wad 14 hospital tersebut. Turut bersama kami ialah Tuan IC atau Chip Ismail bersama2 Tuan Kamal (EZR@Ketua geng Echoq) dan juga 9W2MX, 9W2AIO dan juga MatBravoBravo yg berkesudian membawa kami menaiki van beliau. Kami sampai disana dalam jam 10.30 malam (dalam keadaan bersesak2, 9 orang dalam van & 2 kali pancit tayar) dan dengan bantuan 9W2MZS(abg Zul) kami dapat masuk untuk melawat Paklong walaupun 2 org pada satu2 masa. Kami juga mendapat tahu bahawa Paklong telah menandatangani borang rawatan (Potong Kaki) walaupun pada mulanya beliau agak keberatan untuk berbuat demikian. Apapun Paklong, kami di Kerian mendoakan keselamatan Paklong dan semoga Paklong kembali sihat dan berkeudara di jaluran semula...Paklong  lah penyeri di 145.475, V38 Kerian. dan sempena pamasangan repeater Kerian pada 25hb Julai ini, diharap Paklong dapat bersama2 kami untuk menceriakan pengulang sulung kita..Diharap pada semua rakan2 mendoakan kesejahteraan Paklonng kesayangan kita..InsyaAllah...

73..wassalam...cherio

9W2JZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan