Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Rabu, Julai 14, 2010

Hamfest Malaysia 2010 Perkenal Radio Amatur Dua-Hala



HAMFEST Malaysia 2010, pameran Radio Amatur akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 Julai dan 1 Ogos ini.
Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan itu untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai berkenaan konsep penggunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.
Festival itu akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.
Sesi penerangan oleh syarikat pengeluar sistem Radio Dua-Hala seperti Yaesu, Kenwood dan Icom serta agensi-agensi kerajaan akan diberikan kepada pengunjung mengenai penggunaan Radio Amatur di Malaysia.
Pameran penggunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia turut diadakan di tapak festival itu.
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah Skill-Stations, Fox Hunting dan Distance Contact Contest (DX Contest).
sumber dipetik dari: mstar.com.my
p/s: 9M2RR cadangkan kita buat konvoi ramai2..ada jugak yg cdgkan kita pi naik ketapi..parking kat rumah 9W2TRN Bagan serai, brtolak awal pagi balik naik train 10 malam..hehe..apapun bleh diperbincangkan..
9W2JZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan