Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Rabu, Mac 31, 2010

BENGKEL MEMBUAT ANTENA

TARIKH: 4 APRIL 2010
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT: BASE STATION 9W2EZR
(RUMAH TOK JANGGUT)

PERALATAN DAN KUDAPAN BAWA SENDIRI

SEBARANG PERTANYAAN: TANYALAH KILO-KILO......DI V38 KERIAN

ASTRA MASUK SINAR

SENTRAL
sinarharian • ISNIN 22 MAC 2010

BSSM JALIN KERJASAMA DENGAN ASTRA


ISMANIZA AHMAD
KEMUNTING- Perjanjian persefaham-an (MoU) telah dimeterai antara Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia (Astra) dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM) dalam menjalinkan kerjasama komuni-kasi antara dua badan itu.
Pengerusi              Jawatankuasa
Pembangunan Organisasi BBSM, Dr Wan Azhar Wan Ali berkata, ini adalah kali pertama BSMM bekerjasama de­ngan radio telekomunikasi dalam me-laksanakan tugas membantu dan me-nyelamat ketika berlaku bencana.
Menurutnya, apabila banjir me-landa di satu-satu tempat, radio di-gunakan oleh ahli untuk berhubung dan dengan itu mereka akan meng-anggap kerjasama itu dapat memberi-kan manfaat bersama.
"Ia juga dapat memberikan nilai ke-pada masyarakat. Nilai yang diperoleh ini tidak dapat dilihat setelah melalui nilai yang sangat besar. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat digunakan di pe-ringkat antarabangsa apabila berlaku bencana," katanya.
Beliau berkata, dengan persefaham-an itu dapat melengkapkan persediaan kepada ahli sebelum, semasa dan se-lepas bencana.
Kata Dr Wan Azhar, BSMM dan Astra mempunyai banyak persamaan bagi membolehkan mereka mudah untuk menjalankan kerjasama.
"Kerjasama ini akan memberikan ilmu yang baru kepada ahli, di mana lebih ramai akan menjadi ahli BSMM dan komunikasi radio ini pula perlu di-dedahkan di peringkat sekolah lagi," katanya.
Sementara itu, Presiden Astra,Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, per­janjian persefahaman yang dimeterai itu mencipta sejarah bagi. persatuan.
Kata beliau, ini dapat meng-emaskinikan untuk menambahkan ahH pada bahagian komunikasi dengan memberi bantuan kepada mangsa ben­cana serta lebih mudah memberikan perkhidmatan.
"Astra ditubuhkan pada 1997, se­belum ini beroperasi di empat negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Kita akan meluaskan lagi ke Sabah dan Sarawak," katanya.
 


• Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Organisasi BBSM, Dr Wan Azhar Wan Ali (kanan) memberikan cenderahati kepada Presiden Astra, Abdul Rahim Abdul Rahman (kiri).


JZY

KELAS RAE SIRI 1, 2010 DI DATARAN 10

Salam pada semua..Komuniti Kerian akan mengadakan kelas persediaan RAE sebanyak 4 kali di Dataran 10, Base station 9M2RR. Kelas pertama akan bermula pada 2 dan 3 April 2010. Manakala kelas yang berikutnya pada 9 dan 10 hb April 2010. Kelas akan bermula pada jam 8.30 malam. Ketepatan masa amat ditekankan..Dijemput pada semua rakan2 yang akan mengambil peperiksaan RAE sesi 1, 2010, April ini adalah dijemput. Rakan2 yang telah mempunyai AA juga dijemput hadir untuk memberi sokongan moral kepada rakan2. 9M2RR berkesudian untuk menjadi tenaga pengajar pada kelas tersebut...diucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang juga membenarkan kelas diadakan di rumah beliau. Jasa beliau pada komuniti kerian adalah tidak ternilai...kebanyakkan rakan2 RA di Kerian adalah anak didik beliau..Terima kasih Pak Rahim..Jasamu akan sentiasa dikenang..73

Rabu, Mac 24, 2010

TAHNIAH ASTRA

PEMENTERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA ASTRA DAN PBSMM.

SEMAKAN RAE 2010-1


19MARCH10 – Pemberitahuan: Semakan Pemohonan Menduduki Peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2010 (RAE2010-1)   
19 March 2010


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukacita memaklumkan bahawa keputusan bagi permohonan untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2010 (RAE2010-1) kini boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian (on-line).
Untuk melakukan penyemakan sila kunjungi : 



Semakan Permohonan RAE 2010-1

Contoh Logo Komuniti Kerian

contoh 1

contoh 2

contoh 3

Ini adalah antara contoh2 logo yang masih lagi dalam proses penambahbaikan..kalau ada cadangan untuk mencantikkan lagi logo2 ini harap beri maklumbalas di blog ini..terima kasih..
Ada beberapa lagi logo yang masih dalam proses..hari eyeball dirumah 9M2RR akan saya tunjukkan pada rakan2 semua..Harap rakan2 semua dapat menghadirkan diri dan memeriahkan eyeball kita hari jumaat ni.

Isnin, Mac 22, 2010

EYEBALL DI RUMAH 9M2RR

Salam untuk semua...infor untuk eyeball di rumah Pak Rahim 9M2RR...
Tarikh: 30 may 2010. 
Hari : Ahad
Masa: 8.30 malam
Perkara: Perjumpaan dengan ahli jawatan kuasa VAD 41
Semua dijemput hadir..
Datang jangan tak datang...lama dah kita tak eyeball di rumah Pak Rahim..Tok Penghulu v38 komuniti Kerian..

Khamis, Mac 18, 2010

LAWATAN NESRAC

Lawatan NESRAC ke Kerian V8.
Terima kasih atas kesudian melawat kami disini..



JSE

STICKER CUSTOM MADE..KERIANV38

kalau berminat bleh tanya 9w2jzy atau swal chot..

Jumaat, Mac 12, 2010

INFO UNTUK RAKAN2 YANG INGIN DATANG KE AGM

Tuan/Puan,

KEMUDAHAN PENGINAPAN BAGI AHLI ASTRA

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah menyediakan beberapa lokasi untuk penginapan ahli yang bakal hadir ke majlis ini. Berikut adalah lokasi penginapan yang disediakan;

LOKASI KEPERLUAN CAJ MASA


Asrama SMT Taiping, Kamunting, Perak.
Semua keperluan disediakan oleh pihak Pengurusan AsramaSMT Taiping. RM5.00 seorang
Check in : 19.3.10, jam 3:00 petang. Check out : 20.3.10, jam 3:00 petang.

Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.
Keperluan spt khemah dll dibawa sendiri oleh ahli
Percuma Check in : 19.3.10, jam 5:00 petang. Check out : 20.3.10, jam 12:00 tengahari.

3. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian 016-538 5385.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,
t.t
(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA