Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Jumaat, Jun 11, 2010

AKTIVITI TERKINI KOMUNITI KERIANV38

Salam...kepada rakan2 yang ingin tahu tentang aktiviti terkini yang dijalankan oleh Komuniti Radio Amatur Kerian V38..berikut disenaraikan aktiviti yang terdekat yang telah dirancang:

                   12 Jun 2010 (Sabtu) - Rakan2 Ham Komuniti Kerian V38 akan menemani 9M2RR ke
                   Bukit Larut untuk membaik-pulih pengulang Bukit Larut yang tidak dapat berfungsi dengan
                   baik kebelakangan ini. Ini adalah kesinambungan daripada Xpdc yang dijalan beberapa minggu
                   yang lalu..yang mana beberapa rakan ham juga bersama 9M2RR telah ke Bukit Larut dan
                   menyelia pengulang tersebut..walaubagaimanapun, disebabkan oleh kesuntukan masa,
                   pengulang tersebut tidak dapat diselia sepenuhnya dan diuji terlebih dahulu..Oleh sebab itu,
                   xpdc kedua ini adalah untuk membaik sepenuhnya pengulang tersebut..Kepada rakan2 yg
                   ingin turut serta..diharap berada di kaki Bukit Larut tepat jam 8.30 pagi bagi
                   menyertai xpdc ini.
                            
                   13 Jun 2010 (Ahad) - Satu xpdc pencarian tapak pengulang komuniti kerian akan
                   dijalankan pada pagi tersebut.Tempat berkumpul adalah di tempat parkir berhadapan kedai
                   buah di Bandar Baharu Kedah.Xpdc ini akan diketuai oleh presiden kita sendiri iaitu
                   9M2RR dan juga 9W2EZR.Kepada rakan2 yang berkesudian dan berkelapangan untuk
                   menyertai xpdc bersejarah tersebut adalah amat dialu2kan..Jadilah diantara yang terlibat
                   dalam merialisasikan impian pengulang Komuniti Kerian.

Setakat ini dulu, infor aktiviti rakan2 radio amatur Kerian..73..cherio..wassalam..
p/s: Rajin2 la memantau di simplex v38 145.475 Kerian bagi mengetahui maklumat2 dengan lebih lanjut..

1 ulasan: