Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Isnin, Mei 03, 2010

PROGRAM TAKLIMAT BANTUAN KOMUNIKASI RADIO DAN S.O.P SEMASA BENCANA

 Salam....satu lagi program telah direncanakan di Komuniti KerianV38 iaitu Taklimat Bantuan Komunikasi dan S.O.P Semasa Bencana...Taklimat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan dibawah..
                                                   
                                                   Tarikh: 9 Mei 2010
                                                   Masa:  10.00a.m -12.00p.m
                                                   Tempat: Pusat Kegiatan Guru (PKG), Bagan Serai

Harap rakan2 dapat hadir beramai menjayakan aktiviti tersebut...

Sepekara lagi...Komuniti Kerian juga akan menjalinkan kerjasama dengan PBSM Cawangan Kerian atau dikenali dengan panggilan VAD41 pada hari tersebut juga..oleh itu rakan2 yang hadir diharap dapat membawa sekeping gambar berukuran pasport bagi tujuan mengisi borang keahlian PBSM..diharap dengan terjalinnya kerjasama ahli komuniti dan PBSM, dapat merealisasikan agenda ASTRA pusat yang terlebih dahulu menjalinkan kerjasama. Disamping itu rakan2 RA juga dapat mengoptimumkan kemahiran yang ada untuk kebaikan dan membantu andai menghadapi situasi bencana tanpa ragu2..

Setakat ini dahulu dari saya 9W2JZY...sehingga ketemu lagi..73..Majulah RA demi Komuniti Kerian..cherio..wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan