Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Selasa, Mei 04, 2010

DASYAT...ISH...ISH...ISH

Pada bulan yang lepas, kawasan Parit Buntar telah dilanda oleh satu ribut yang kencang..banyak pokok2 yang telah tumbang termasuk ranting2, pelepah2 kelapa bertaburan di jalanraya. Rakan radio amatur juga tidak terlepas daripada ditimpa bencana tersebut..salah seorang daripadanya ialah 9W2OCY a.k.a Rozy. Antena beliau telah patah dibadai oleh ribut tersebut...Apa yang lebih dasyat ialah bukan ribut tersebut tetapi gambar yang sempat dirakamkan oleh penulis semasa melawat ke portable station beliau beberapa hari yang lepas...Saudara Rozy telah sanggup membelakangkan rakan2 RA yang lain dari membantu beliau, katanya tidak mahu menyusahkan sesiapa..Lensa penulis telah berjaya merakamkan tindakan beliau yang mengupah dua orang warga asing untuk menurunkan antena beliau yang telah patah semata2 kerana tidak mahu menyusahkan rakan2 yang lain adalah amat mengharukan..hehe...sanggup beliau upah warga asing....ish..ish..ish...
Anda semua tengok sajalah gambar yang telah saya rakamkan ini...


Hahaha...gurau ja...jangan marah noo....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan