Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Rabu, April 14, 2010

PROGRAM TAKLIMAT TATACARA KONVOI BERKENDERAAN & TAKLIMAT KESELAMATAN JALANRAYA

Tuan,

PROGRAM TAKLIMAT TATACARA KONVOI BERKENDERAAN &  TAKLIMAT KESELAMATAN JALANRAYA

Perkara di atas adalah di rujuk dengan hormatnya.

2.         Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian - V38 memohon khidmat PDRM untuk memberi taklimat berkaitan tatacara konvoi berkenderaan dan keselamatan jalanraya.

3.         Taklimat berkenaan dicadangkan seperti ketetapan di bawah;

Tarikh            : Ahad, 18 April 2010
Masa               : 9:00 am – 12:30 pm
Tempat           : Pusat Kegiatan Guru (PKG), SK Bagan Serai.
Bil. Peserta     : 30 orang

4.         Bersama ini juga dimaklumkan tentatif program untuk perhatian pihak tuan.

MASA
ACARA
P.I.C
8:30 am – 9:00 am
Pendaftaran Peserta Program
§      9W2JZY
§      9W2PHT
§      SWAL CTO
9:00 am – 10:00 am
Taklimat Konvoi Berkenderaan
§      9W2MYR
§      PDRM
10:00 am – 10:30 am
Rehat & Minum Pagi
§      9W2TRN
10:30 am – 11:30 am
Taklimat Keselamatan Jalanraya
§      9W2ICI
§      PDRM
11:30 am – 12:30 pm
Sesi Dialog & Penyampaian Cenderahati
§      9W2MYR
12.30 pm
Bersurai



4.         Untuk pengetahuan tuan, program ini amat berguna kepada ahli komuniti sebagai persediaan untuk mengikuti Program Konvoi Berkereta Ke Perlis yang dicadangkan sekitar bulan Mei 2010. Pihak tuan boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Komuniti, En. Mogan a/l Subbiah, 9W2ICI di talian 012 459 7971 untuk sebarang maklumat lanjut.

5.         Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Saya yang menjalankan tugas,



(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Penyelaras Program,
Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian - V38


s.k        Mogan a/l Subbiah, 9W2ICI
Pegawai Perhubungan Komuniti


Maklumat tambahan: Pakaian Kemas dan berkasut, T-shirt berkolar. Selipar tidak dibenarkan.
                                Bayaran RM 5 dikenakan kepada ahli yang ingin menyertai.(makanan dan sijil)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan