Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Rabu, April 07, 2010

Amaran tsunami di pantai barat ditarik balik

Jabatan Kajicuaca Malaysia telah mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Perlis, Pulau Pinang dan Kedah ekoran gempa bumi dengan kekuatan 7.5 skala Richter yang melanda Utara Sementara - 448km di barat daya Pulau Pangkor.

Berikutan itu, orang ramai diarahkan supaya menjauhi kawasan pantai.

Bagaimanapun lebih sejam kemudiannya, jabatan berkenaan kemudiannya menarik balik amaran tsunami tersebut.
Agensi berita Associate Press (AP) memetik jabatan geologi AS sebagai berkata gempa bumi itu berlaku pada jam 5.15 pagi dan berpusat di 205km ke barat laut Sibolga di Sumatra pada kedalaman 46km.

Agensi Kajicuaca dan Geofizik Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi tetapi membatalkannya beberapa jam kemudiannya.
Manakala gegaran gempa bumi tersebut dilaporkan turut dirasai oleh penduduk yang tinggal di pangsapuri dan bangunan tinggi di Petaling Jaya.

Sumber dari MalaysiaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan