Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Rabu, April 07, 2010

Amaran tsunami di pantai barat ditarik balik

Jabatan Kajicuaca Malaysia telah mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Perlis, Pulau Pinang dan Kedah ekoran gempa bumi dengan kekuatan 7.5 skala Richter yang melanda Utara Sementara - 448km di barat daya Pulau Pangkor.

Berikutan itu, orang ramai diarahkan supaya menjauhi kawasan pantai.

Bagaimanapun lebih sejam kemudiannya, jabatan berkenaan kemudiannya menarik balik amaran tsunami tersebut.
Agensi berita Associate Press (AP) memetik jabatan geologi AS sebagai berkata gempa bumi itu berlaku pada jam 5.15 pagi dan berpusat di 205km ke barat laut Sibolga di Sumatra pada kedalaman 46km.

Agensi Kajicuaca dan Geofizik Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi tetapi membatalkannya beberapa jam kemudiannya.
Manakala gegaran gempa bumi tersebut dilaporkan turut dirasai oleh penduduk yang tinggal di pangsapuri dan bangunan tinggi di Petaling Jaya.

Sumber dari MalaysiaKini

BERITA BARU DITERIMA..


KUALA LUMPUR: The Malaysian Meteorological Department has issued a tsunami warning to coastal areas of Perlis, Penang and Kedah following the 7.5 magnitude earthquake that hit North Sumatra, 448km southwest of Pangkor Island.
Tremors were felt in the west coast of Peninsula Malaysia.
The department has warned people to keep away from the beach.
The Associated Press quoted the US Geological Survey saying that the quake struck at 5.15am (2215 GMT) and was centred 205km northwest of Sibolga in Sumatra at a depth of 46km.
The Indonesia Meteorology and Geophysics Agency issued a tsunami warning following the quake, but lifted it two hours later.

AMARAN TSUNAMI TELAH DITARIK BALIK DI INDONESIA

Berita ini baru diterima, pada jam 9.18 pg tadi. Amaran Tsunami telah di tarik balik di Indonesia. walaubagaimanapun, bandar Acheh dan utara sumatera masih lagi ketiadaan bekalan elektrik kesan dari gempa yang berskala 7.7 magnitud tersebut...berita terkini akan di pantau dari masa ke semasa...73.

THAILAND SUDAH, MALAYSIA TAK LAGI.....


BANGKOK, April 7 (Xinhua) -- Thailand issued tsunami alert Wednesday following a 7.2-magnitude earthquake in Indonesia's northern Sumatra.
The National Disaster Warning Center warned people in coastal areas to evacuate to a safe place, saying there was a high risk of a tsunami on the Andaman Coast.
A major 7.8-magnitude earthquake hit Indonesia's northern Sumatra early Wednesday, the U.S. Geological Survey reported, triggering a local tsunami watch.
Indonesia's Meteorology and Geophysics Agency reported the earthquake at a magnitude of 7.2.
Since the Indian Ocean tsunami in 2004, Thailand has installed a high-tech warning system.

Major earthquake hits off Indonesian island of Sumatra

A tsunami alert has been issued after an earthquake with a magnitude of 7.8 hit the Indonesian island of Sumatra.
The quake's epicentre was 204 km (127 miles) northwest of Sibolga on Sumatra's coast, at a depth of nearly 48km, the US Geological Survey said.
Three aftershocks were reported in the northern state of Aceh, but there were no immediate reports of casualties.
Indonesia sits on the Pacific Ring of Fire, one of the world's most active areas for earthquakes and volcanoes.
It has recently been struck by string of quakes; one off Sumatra in September killed more than 1,000 people.
The latest quake struck at 0515 on Wednesday morning (2215 GMT on Tuesday).



dipetik dari http://www.allvoices.com/contributed-news/5553365-78-magnitude-quake-off-indonesian-island-of-sumatra

GEMPAR...GEMPA TERBARU DI ACHEH

Salam...berita terkini...pada pukul 6.30 pagi tadi..satu gegaran terasa di pantai barat semenanjung sebelah utara, yang mana rakan2 di Kerian dapat merasakan gegaran yang berlaku di negara jiran kita, utara sumatera, Indonesia. 9W2EXL terus menghubungi rakan2 HAM di Acheh dan melaporkan gegaran tersebut sekuat 7.8 magnitud berlaku di utara Acheh dan amaran tsunami telah dikeluarkan disana.. walaubagaimanapun, tiada amaran dikeluarkan disini...sama-samalah kita berdoa agar tiada perkara2 buruk bakal melanda negara kita...kita juga mendoakan keselamatan rakan2 di negara jiran kita Indonesia..berita terkini akan di pantau dari masa kesemasa..73

Selasa, April 06, 2010

KELAS RAE-1 2010

Salam buat semua...haha..kelas RAE muncul lagi..kali ini di bulan April..Tahun ini saja, 4 RAE akan dianjurkan oleh SKMM, ini bermakna permintaan untuk menjadi pengendali radio amator telah meningkat sehinggakan SKMM membuat peperiksaan 4 kali dalam setahun. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dalam dunia radio amator di negara kita. Bersempena dengan RAE yang akan datang, Komuniti Radio Amator Kerian dengan sokongan penuh dari Pak Rahim, 9M2RR, telah menganjurkan satu lagi kelas persediaan RAE di base station beliau, di Tanjong Piandang pada Jumaat dan Sabtu yang lepas. Seramai lebih kurang 20 orang peserta mengambil bahagian disamping rakan2 lain yang turut hadir untuk memberi sokongan moral kepada rakan2 yang bakal mengambil peperiksaan..Nampaknya akan bertambah lagilah ahli komuniti KerianV38 tahun ini. Semoga berjaya rakan2...tidak lupa juga, ucapan ribuan terima kasih kepada Pak Rahim yang tak jemu2 mengajar kami semua di Kerian ini..jasamu dikenang...73 dari saya..sehingga jumpa lagi..cherio..wassalam.

STICKER CUSTOM MADE..KERIANV38

Isnin, April 05, 2010

GAMBAR BENGKEL MEMBUAT ANTENA ASTRA 4/4/2010

Salam buat semua...sebagai permulaan saya tonjolkan gambar yang menceritakan segala2nya tentang aktiviti Komuniti KerianV38 untuk kali ini...hahaha...bengkel membuat antena...di base station 9W2EZR pada Ahad lepas..disini juga gambar2 sekitar aktiviti tersebut berjalan...Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan 5 antena homebrew astra dapat dihasilakan dengan jayanya..terima kasih juga pada 9W2MYR yang telah meminjamkan SWR meter. Tahniah kepada semua rakan2 yang telah memberi tunjuk ajar kepada rakan2 yang baru meminati radio amator ini..sehingga berjumpa lagi pada aktiviti akan datang..73..cherio..wassalam.

Terima kasih PakLong (9W2KK) kerana sudi meluangkan masa melawat aktiviti yang dijalankan..sokongan anda pada komuniti amat dihargai..

Jumaat, April 02, 2010

PERSONALITI V38 BULAN APRIL


                  9W2XPY                                                                                               9W2EZR

                           9W2MHN