Selasa, Ogos 24, 2010
Selasa, Ogos 10, 2010
Rabu, Ogos 04, 2010
JEMPUTAN KE MAJLIS KENDURI
QST : Warga Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian
9W2TRN Aliffin Bin Abu @ Ayah Pin menjemput semua warga komuniti serta keluarga hadir ke majlis kenduri kesyukuran yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Untuk makluman semua, Ayah Pin akan bertugas di Mekah sepanjang musim haji tahun ini.
Kehadiran semua warga komuniti termasuk anggota YIMAK dan BELIA BABYLON adalah dialu-alukan.
9W2TRN Aliffin Bin Abu @ Ayah Pin menjemput semua warga komuniti serta keluarga hadir ke majlis kenduri kesyukuran yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;
- Tarikh : 7 Ogos 2010
- Hari : Sabtu
- QTHR : 11:00 am - 2:00 pm
- QTH : Kediaman Pengurus Stesen Keretapi Bagan Serai
Untuk makluman semua, Ayah Pin akan bertugas di Mekah sepanjang musim haji tahun ini.
Kehadiran semua warga komuniti termasuk anggota YIMAK dan BELIA BABYLON adalah dialu-alukan.
Selasa, Ogos 03, 2010
ULANGTAHUN ASTRA YANG KE-13
ACARA 2 METER NET ISTIMEWA SEMPENA ULANGTAHUN ASTRA KE-13
Mungkin ramai daripada kita yang tidak mengetahui bahawa Persatuan ASTRA ataupun Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia telah pun mencecah usia 13 tahun semalam, iaitu pada 2hb Ogos 2010. Sejarah penubuhan ASTRA penuh liku dan cabaran yang telah dipelopori oleh beberapa penggemar hobi radio amatur terdahulu yang mendapat inspirasi untuk menubuhkan persatuan ini. Sejarah mengenai persatuan ini boleh didapati di laman web rasmi ASTRA di http://www.astra.org.my/malay_astra.htm. Bersempena dengan ulangtahun tersebut, Komuniti Radio Amatur (KRA) KerianV38 telah mengambil inisiatif, dengan persetujuan presiden ASTRA sendiri iaitu 9M2RR, merancang untuk melakukan acara 2 Meter Net Istimewa sempena hari kewujudan ASTRA. Permulaan dengan perbincangan rakan-rakan di lokalan dan pencarian 13 orang Pengendali Net (Net Controller), persetujuan dicapai dan acara telah bermula pada jam 9.30 malam semalam. 9W2IBS, Pak Leman Lemang, selaku pegawai siaraya ASTRA pusat telah membuka mukadimah untuk acara istimewa tersebut, disusuli oleh 9M2RR, Pak Rahim, yang membuat sedikit ucapan mengenai sejarah penubuhan ASTRA dan 22 tonggak yang menjayakannya 13 tahun yang lalu. Seramai 13 orang rakan Ham KRA Kerian telah menawarkan diri dan menjadi sebahagian daripada hari bersejarah ini yang mana julung-julung kalinya acara Net dijalankan sempena ulangtahun penubuhan ASTRA. Acara ini juga mencatat sejarahnya yang tersendiri dimana tiada lagi mana-mana acara 2 Meter Net dikendalikan oleh 13 pengendali pada satu masa. Sememangnya acara ini bersesuaian untuk meraikan dan juga memberi maklumat mengenai ulangtahun persatuan yang hebat ini. Antara nama-nama yang menjayakan acara ini adalah seperti berikut:
PENGENDALI NET ISTIMEWA 13 TAHUN ASTRA
- 9W2SMR
- 9W2EZR (SMS controller)
- 9W2MYR
- 9W2EXL
- 9W2XPY
- 9W2ICI
- 9W2MX
- 9W2JZY
- 9M2MGL
- 9W2CSE
- 9W2OCY
- 9W2NES
- 9W2IBS
Acara ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan ham seluruh negara yang mana peserta acara tersebut mencapai 138 orang ditambah pula penyertaan dengan menggunakan SMS seramai 33 orang. Keseluruhan jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini mencecah 171 orang. Acara ini telah ditutup pada jam 2.10 pagi oleh 9W2IBS selaku net controller ke13. Semoga ASTRA kekal menjadi persatuan yang hebat dan berjaya pada masa-masa mendatang. Hidup ASTRA!...diharapkan acara ini akan menjadi acara tahunan dan dikembangkan kesepelosok negara...akhir kata, tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat secara lansung dan tidak lansung pada hari bersejarah ini...QRT,73,88,Cherio,wassalam...
.
Jumaat, Julai 30, 2010
Result RAE dh Kuar...borang baru pun dah ada..
Siri Ke-3 Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2010-3) dan Siri Ke-2 Ujian Morse Code (CW 2010-2)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah pun membuka permohonan untuk siri ke-3 Peperikasaan Radio Amatur (RAE) dan Siri Ke-2 ujian Kod Morse (CW) untuk tahun 2010. Kepada yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang yang terdapat di LINK dibawah.
Untuk Maklumat lanjut sila klik:
Kenyataan: Siri Ketiga Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2010-3) dan Siri Kedua Ujian Kod Morse (CW 2010-2) bagi tahun 2010
RAE Application Form / Borang Permohonan RAE
CW Application Form / Borang Permohonan Ujian Kod Morse(CW)
73, cherio...wassalam.
KEPUTUSAN RAE 2/2010
Keputusan dah keluar...kepada rakan2 yang telah mengambil peperiksaan lepas boleh semak keputusan anda di link dibawah..Tahniah kepada semua yang berjaya..kepada yang kurang bernasib baik..jangan putus asa..cuba dan cuba lagi...kami sedia menyokong rakan2 semua...
p/s: Bleh la lepas ni makan nasik beriani...hahaa
Isnin, Julai 26, 2010
Jumaat, Julai 23, 2010
TAMBANG KONSESI KTMB
QST : Warga Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian.
Berikut adalah butiran berkaitan dengan tambang konsesi keretapi bagi perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Lumpur (perjalanan pergi dan balik).
Perjalanan : Pergi (30 Julai 2010)
Perjalanan Balik (31 Julai 2010)
Berikut adalah butiran berkaitan dengan tambang konsesi keretapi bagi perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Lumpur (perjalanan pergi dan balik).
Perjalanan : Pergi (30 Julai 2010)
- Tambang Normal Kelas 2 : RM23.00
- Diskaun 10% : -RM2.30
- Jumlah : RM20.70
- Tempat Duduk : RM8.00
- Jumlah Tambang : RM28.70
Perjalanan Balik (31 Julai 2010)
- Tambang Normal Kelas 3 : RM13.00
- Diskaun 10% : -RM1.30
- Jumlah : RM11.70
- Tempat Duduk : RM4.00
- Jumlah Tambang : RM15.70
- Jumlah Tambang Pergi-Balik : RM44.40
- Penggenapan : +RM0.60
- JUMLAH : RM45.00
- Maklumat terkini mengenai tambang konsesi KTMB ini diperolehi dari 9W2TRN pada jam 1700.
- Perubahan kos ini disebabkan oleh kelewatan membuat tempahan, waktu perjalanan adalah waktu puncak serta kadar konsesi yang berubah dari 25% kepada 10%.
- Pengesahan semula dari peserta ke HAMFEST 2010 adalah harapkan.
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi 9W2MYR.
Harap QSL dan sebarang kesulitan amat dikesali.
Dari Chegu Besaq,
2145 hrs.
Ahad, Julai 18, 2010
LA VOYAGE DANS LA HAMFEST 2010
Langgan:
Catatan (Atom)








