Salam buat semua rakan2..agak lama tidak menulis lam ruangan post blog kerianv38 ni..tapi kali ini terpanggil untuk mencoretkan sedikit berita mengenai seorang HAM yg sgt dihormati di Kerian iaitu 9W2KK atau Paklong Rahim, lebih dikenali dengan nama paklong kilo2 yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Taiping pada hari isnin, 12/7/2010, semalam. Paklong dimasukkan ke hospital disebabkan bengkak dikaki beliau yang telah sekian lama dibiarkan telah pecah dan melarat. Semalam, rakan2 belia V38 melawat paklong di wad 14 hospital tersebut. Turut bersama kami ialah Tuan IC atau Chip Ismail bersama2 Tuan Kamal (EZR@Ketua geng Echoq) dan juga 9W2MX, 9W2AIO dan juga MatBravoBravo yg berkesudian membawa kami menaiki van beliau. Kami sampai disana dalam jam 10.30 malam (dalam keadaan bersesak2, 9 orang dalam van & 2 kali pancit tayar) dan dengan bantuan 9W2MZS(abg Zul) kami dapat masuk untuk melawat Paklong walaupun 2 org pada satu2 masa. Kami juga mendapat tahu bahawa Paklong telah menandatangani borang rawatan (Potong Kaki) walaupun pada mulanya beliau agak keberatan untuk berbuat demikian. Apapun Paklong, kami di Kerian mendoakan keselamatan Paklong dan semoga Paklong kembali sihat dan berkeudara di jaluran semula...Paklong lah penyeri di 145.475, V38 Kerian. dan sempena pamasangan repeater Kerian pada 25hb Julai ini, diharap Paklong dapat bersama2 kami untuk menceriakan pengulang sulung kita..Diharap pada semua rakan2 mendoakan kesejahteraan Paklonng kesayangan kita..InsyaAllah...
73..wassalam...cherio
9W2JZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan