Sinar Harian; Selasa, 27 Julai 2010.
Jumaat, Julai 30, 2010
Result RAE dh Kuar...borang baru pun dah ada..
Siri Ke-3 Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2010-3) dan Siri Ke-2 Ujian Morse Code (CW 2010-2)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah pun membuka permohonan untuk siri ke-3 Peperikasaan Radio Amatur (RAE) dan Siri Ke-2 ujian Kod Morse (CW) untuk tahun 2010. Kepada yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang yang terdapat di LINK dibawah.
Untuk Maklumat lanjut sila klik:
Kenyataan: Siri Ketiga Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2010-3) dan Siri Kedua Ujian Kod Morse (CW 2010-2) bagi tahun 2010
RAE Application Form / Borang Permohonan RAE
CW Application Form / Borang Permohonan Ujian Kod Morse(CW)
73, cherio...wassalam.
KEPUTUSAN RAE 2/2010
Keputusan dah keluar...kepada rakan2 yang telah mengambil peperiksaan lepas boleh semak keputusan anda di link dibawah..Tahniah kepada semua yang berjaya..kepada yang kurang bernasib baik..jangan putus asa..cuba dan cuba lagi...kami sedia menyokong rakan2 semua...
p/s: Bleh la lepas ni makan nasik beriani...hahaa
Isnin, Julai 26, 2010
Jumaat, Julai 23, 2010
TAMBANG KONSESI KTMB
QST : Warga Komuniti Radio Amatur Daerah Kerian.
Berikut adalah butiran berkaitan dengan tambang konsesi keretapi bagi perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Lumpur (perjalanan pergi dan balik).
Perjalanan : Pergi (30 Julai 2010)
Perjalanan Balik (31 Julai 2010)
Berikut adalah butiran berkaitan dengan tambang konsesi keretapi bagi perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Lumpur (perjalanan pergi dan balik).
Perjalanan : Pergi (30 Julai 2010)
- Tambang Normal Kelas 2 : RM23.00
- Diskaun 10% : -RM2.30
- Jumlah : RM20.70
- Tempat Duduk : RM8.00
- Jumlah Tambang : RM28.70
Perjalanan Balik (31 Julai 2010)
- Tambang Normal Kelas 3 : RM13.00
- Diskaun 10% : -RM1.30
- Jumlah : RM11.70
- Tempat Duduk : RM4.00
- Jumlah Tambang : RM15.70
- Jumlah Tambang Pergi-Balik : RM44.40
- Penggenapan : +RM0.60
- JUMLAH : RM45.00
- Maklumat terkini mengenai tambang konsesi KTMB ini diperolehi dari 9W2TRN pada jam 1700.
- Perubahan kos ini disebabkan oleh kelewatan membuat tempahan, waktu perjalanan adalah waktu puncak serta kadar konsesi yang berubah dari 25% kepada 10%.
- Pengesahan semula dari peserta ke HAMFEST 2010 adalah harapkan.
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi 9W2MYR.
Harap QSL dan sebarang kesulitan amat dikesali.
Dari Chegu Besaq,
2145 hrs.
Ahad, Julai 18, 2010
LA VOYAGE DANS LA HAMFEST 2010
BAHANG HAMFEST 2010 KL TOWER
Bahang HamFest 2010 kian terasa..bebaru ni Hamfest Rovers sempat berkunjung ke lokalan kerian...Pak Rahim,9M2RR menerima sticker rasmi HF2010 dari wakil HF rovers....kena pukat dgn geng YIMAK..hehehee..kelihatan Tuan bersama prebet IIO menyambut kedatangan HF rovers...turut serta 9W2ICI..Abg Cat...hahaha...cat kapuq ka cat minyak....hahaha..jgn marah noooo...jom ramai2 ke HF 2010..sertai kami Komuniti KerianV38, Rombongan HF Kerian-KL Tower menaiki Keta Lipang pada 30hb ni..bertolak dari stesen Bagan Serai pukul 10MLM sampai KL kul 4PG dan pulang pada pukul 9.00 sebelah malamnya,jangkaan sampai Bagan Serai kul 4PG...harga tiket pergi dan balik hanya RM19.50 (setelah diskaun) kalau ramai, satu gerabak tu kita yg punya..untuk maklumat lanjut boleh la menghubungi mana2 rakan V38 yg aktif dijaluran untuk maklumat lanjut..hehe
73..jumpa disana..disana....disanaaaaaa.........wassalam
9W2JZY
Jumaat, Julai 16, 2010
Rabu, Julai 14, 2010
Hamfest Malaysia 2010 Perkenal Radio Amatur Dua-Hala
HAMFEST Malaysia 2010, pameran Radio Amatur akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 Julai dan 1 Ogos ini.
Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan itu untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai berkenaan konsep penggunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.
Festival itu akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.
Sesi penerangan oleh syarikat pengeluar sistem Radio Dua-Hala seperti Yaesu, Kenwood dan Icom serta agensi-agensi kerajaan akan diberikan kepada pengunjung mengenai penggunaan Radio Amatur di Malaysia.
Pameran penggunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia turut diadakan di tapak festival itu.
Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah Skill-Stations, Fox Hunting dan Distance Contact Contest (DX Contest).
sumber dipetik dari: mstar.com.my
p/s: 9M2RR cadangkan kita buat konvoi ramai2..ada jugak yg cdgkan kita pi naik ketapi..parking kat rumah 9W2TRN Bagan serai, brtolak awal pagi balik naik train 10 malam..hehe..apapun bleh diperbincangkan..
9W2JZY
Selasa, Julai 13, 2010
9W2KK PAKLONG KILO-KILO MASUK HOSPITAL
Salam buat semua rakan2..agak lama tidak menulis lam ruangan post blog kerianv38 ni..tapi kali ini terpanggil untuk mencoretkan sedikit berita mengenai seorang HAM yg sgt dihormati di Kerian iaitu 9W2KK atau Paklong Rahim, lebih dikenali dengan nama paklong kilo2 yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Taiping pada hari isnin, 12/7/2010, semalam. Paklong dimasukkan ke hospital disebabkan bengkak dikaki beliau yang telah sekian lama dibiarkan telah pecah dan melarat. Semalam, rakan2 belia V38 melawat paklong di wad 14 hospital tersebut. Turut bersama kami ialah Tuan IC atau Chip Ismail bersama2 Tuan Kamal (EZR@Ketua geng Echoq) dan juga 9W2MX, 9W2AIO dan juga MatBravoBravo yg berkesudian membawa kami menaiki van beliau. Kami sampai disana dalam jam 10.30 malam (dalam keadaan bersesak2, 9 orang dalam van & 2 kali pancit tayar) dan dengan bantuan 9W2MZS(abg Zul) kami dapat masuk untuk melawat Paklong walaupun 2 org pada satu2 masa. Kami juga mendapat tahu bahawa Paklong telah menandatangani borang rawatan (Potong Kaki) walaupun pada mulanya beliau agak keberatan untuk berbuat demikian. Apapun Paklong, kami di Kerian mendoakan keselamatan Paklong dan semoga Paklong kembali sihat dan berkeudara di jaluran semula...Paklong lah penyeri di 145.475, V38 Kerian. dan sempena pamasangan repeater Kerian pada 25hb Julai ini, diharap Paklong dapat bersama2 kami untuk menceriakan pengulang sulung kita..Diharap pada semua rakan2 mendoakan kesejahteraan Paklonng kesayangan kita..InsyaAllah...
73..wassalam...cherio
9W2JZY
Langgan:
Catatan (Atom)