Salam...kepada rakan2 yang ingin tahu tentang aktiviti terkini yang dijalankan oleh Komuniti Radio Amatur Kerian V38..berikut disenaraikan aktiviti yang terdekat yang telah dirancang:
12 Jun 2010 (Sabtu) - Rakan2 Ham Komuniti Kerian V38 akan menemani 9M2RR ke
Bukit Larut untuk membaik-pulih pengulang Bukit Larut yang tidak dapat berfungsi dengan
baik kebelakangan ini. Ini adalah kesinambungan daripada Xpdc yang dijalan beberapa minggu
yang lalu..yang mana beberapa rakan ham juga bersama 9M2RR telah ke Bukit Larut dan
menyelia pengulang tersebut..walaubagaimanapun, disebabkan oleh kesuntukan masa,
pengulang tersebut tidak dapat diselia sepenuhnya dan diuji terlebih dahulu..Oleh sebab itu,
xpdc kedua ini adalah untuk membaik sepenuhnya pengulang tersebut..Kepada rakan2 yg
ingin turut serta..diharap berada di kaki Bukit Larut tepat jam 8.30 pagi bagi
menyertai xpdc ini.
13 Jun 2010 (Ahad) - Satu xpdc pencarian tapak pengulang komuniti kerian akan
dijalankan pada pagi tersebut.Tempat berkumpul adalah di tempat parkir berhadapan kedai
buah di Bandar Baharu Kedah.Xpdc ini akan diketuai oleh presiden kita sendiri iaitu
9M2RR dan juga 9W2EZR.Kepada rakan2 yang berkesudian dan berkelapangan untuk
menyertai xpdc bersejarah tersebut adalah amat dialu2kan..Jadilah diantara yang terlibat
dalam merialisasikan impian pengulang Komuniti Kerian.
Setakat ini dulu, infor aktiviti rakan2 radio amatur Kerian..73..cherio..wassalam..
p/s: Rajin2 la memantau di simplex v38 145.475 Kerian bagi mengetahui maklumat2 dengan lebih lanjut..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam, bagaimana perkembangan "repeater" di Larut?
BalasPadam