Selasa, April 06, 2010
KELAS RAE-1 2010
Salam buat semua...haha..kelas RAE muncul lagi..kali ini di bulan April..Tahun ini saja, 4 RAE akan dianjurkan oleh SKMM, ini bermakna permintaan untuk menjadi pengendali radio amator telah meningkat sehinggakan SKMM membuat peperiksaan 4 kali dalam setahun. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dalam dunia radio amator di negara kita. Bersempena dengan RAE yang akan datang, Komuniti Radio Amator Kerian dengan sokongan penuh dari Pak Rahim, 9M2RR, telah menganjurkan satu lagi kelas persediaan RAE di base station beliau, di Tanjong Piandang pada Jumaat dan Sabtu yang lepas. Seramai lebih kurang 20 orang peserta mengambil bahagian disamping rakan2 lain yang turut hadir untuk memberi sokongan moral kepada rakan2 yang bakal mengambil peperiksaan..Nampaknya akan bertambah lagilah ahli komuniti KerianV38 tahun ini. Semoga berjaya rakan2...tidak lupa juga, ucapan ribuan terima kasih kepada Pak Rahim yang tak jemu2 mengajar kami semua di Kerian ini..jasamu dikenang...73 dari saya..sehingga jumpa lagi..cherio..wassalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan