Lembah Kerian Lembah Meriah

Roger-roger....haaaa.....

sekarang kerianV38 pon dah ada blog sendiri....heheheh..sempoi la...
tujuan blog nie di wujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan Radio Amator di kerianV38 agar lebih meriah di masa akan datang......

Diharap dengan wujudnya blog ini..rakan-rakan Radio Amator di seluruh malaysia kan dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh rakan-rakan Radio Amator di v38 ini....

Akhir kata..majulah komuniti v38 untuk semua.

Khamis, Januari 28, 2010

MEMBURU TOMAN


mangsa pertama tangkapan TBL






LOKASI: TASIK BUKIT MERAH.


Aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang menyenangkan dan merehatkan minda. Tambahan pula apabila ia mendatangkan hasil buat si pemancing. Sentapan ikan yang mengasyikan dan juga debaran apabila joran ditarik 'manyak syok woo'. Aktiviti ini juga selalu diadakan dikalangan rakan2 HAM Kerian, memandangkan ramai diantara rakan2 HAM disini adalah kaki pancing....(tapi kebanyakan tersekat dek dirantai sang bini...hehe). Baru-baru ni rakan2 Lanun Ban Pecah telah mengadakan XPDC memancing laut di perairan Selat Melaka. Lokasinya di lubuk Kayu..(hanya tekong dan lanun2 saja yg tau lokasi sebenar tempat ni). Tiga bot telah digunakan untuk membawa rakan2 yang seramai 15 orang ke lokasi kejadian. Hasil tangkapan boleh dikatakan amat menggalakan. Antaranya kerapu, jenahak, senangin dan paling banyak sekali semilang. Man Porsche yang tak pernah memancing pun terjebak dalam aktiviti tersebut. Hasil daripada XPDC tersebut, kemungkinan satu lagi XPDC akan dianjurkan dalam masa terdekat (mungkin raya Cina ni kot). Sekiranya rakan2 berminat, boleh menghubungi penulis atau Cot untuk maklumat lanjut. Setakat ini dulu dari saya, andai ada lagi aktiviti2 terkini Komuniti, insyaAllah akan dipostkan di blog ini. Jumpa dan jumpa lagi..73 cherio..

JSE Sir Jazz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan